Wednesday, February 23, 2011

BILA LEBUHRAYA DI KERAJAANKAN.......

Kebanyakan rakyat Malaysia suka menggunakan lebuh raya untuk kemana-mana kerana selamat dan lancar..kecuali musim perayaan!!!!Memanglah leceh naik lebuh raya ni sebab nak kena bayar tol. Tol pulak lebih mahal dari minyak pulak tu. Sebab itulah banyak pihak seperti pembangkang yang berdemonstrasi minta tol di hapuskan malah ada yang mahu lebuh raya dikerajaankan. Di samping pemandangan yang cantik, macam-macam kemudahan disediakan dan semuanya hampir bertaraf 5 bintang..yang paling penting tandas lebuh raya memang kelas..boleh tidur. Terbayang masa sebelum ada lebuh raya..bila bas ekspress singgah kat mana-mana perhentian...bila nak buang air je...rasa tension gila dengan keadaan tandas!!!Tetapi nak buat macam mana..hajat tetap terpaksa dilampiaskan!!!! dan bayangkanlah....sekiranya lebuhraya dikerajaankan...semua pekerja dah jadi kakitangan awam...pakat-pakat naik lemak...bila dah kerja kerajaan ni susah nak dibuang...mahukah kita jika kemudahan lebuh raya tiba-tiba bertukar jadi semacam je...tetap akan terjadi....gerenti !!!! 



Tandas kotor dan menjijikkan

surau yang tak terurus

silap haribulan ada harimau kat atas jalan!!!



Milik negarakan lebuh raya bebankan negara - Dr. Mahathir

22/02/2011 3:05pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.
Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” tegas Mahathir. - Bernama

2 comments:

  1. satu cadangan yang bodoh.
    sapa nak cuci tandas tu.
    ambil juga konrakter cuci tandas.
    siapa kah kontrakter tu.bekas pegawai kerajaan atau kroni atau proxy mereka.
    rasuah lagi untuk dapatkan tender.
    tak suka bayar tol..guna jalan alternatif..
    jalan2 alternatif pun dah cantik dan lebar..
    cuma tak bolih pandu sampai 180km sejam.
    dari lembah klang aku balik sik ikut jln lama jer..
    seronok ikut jalan kampong...
    bolih tengok suasana kampong2 melayu.
    ada kebun getah...sawah padi..dusun..
    kalu waktu mlm leh tengok musang,kura2 lintas jalan.
    kalu nasib baik bolih jumpa kerbau atau lembu tido atas jalan.
    kalu siang...bawa jer pisang banyak2..mesti ada beruk,monyet,kera atau lotong dok baris tepi jalan menahan kereta lalu minta makan.
    musim buah lagi best..
    tengah malam pun dah ada gerai makan buka 24jam.
    cuma lambat sikit jer...
    ikut plus mereka ampai dalam 4jam...aku ikut jalan lama lewat sikit jer...
    dari kl jam 10mlm...sampai kmpong jam 7pagi.
    alah cuma lewat 5jam jer dari yang ikut plus.
    lagi pun tol free.
    he...he...he...

    ReplyDelete
  2. paklong...
    betul tu paklong..lewat 5 jam je...tol free siap boleh bg makan beruk dan monyet lagi!!!!hu3

    ReplyDelete