Monday, February 7, 2011

CAKAP LEBIH OTAK KURANG....

Tak tahulah apa yang patut kita kata lagi tentang mamat ni...Mr Bean...Mr kacang..CEO Setor lapangan terbang....kalau orang lain lama dah bunuh  diri dihina sedemikian rupa...tapi itulah kehebatan dan kuatnya daya tahan mental Mahfuz Omar. Sebab itulah PAS bijak...meletakkan calon sedemikian rupa......katalah apapun...dia tetap macam tu juga.....tak malu langsung untuk menelanjangkan otak sendiri!!!!!Dan dia terus berkata-kata....





Harakahdaily    
KUALA LUMPUR, 6 Feb: PAS menyambut baik jaminan kerajaan untuk menanggung semua kos bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir kembali ke tanah air seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut bagaimanapun agak lewat dibuat kerajaan sehingga timbul kekeliruan berkaitan perkara tersebut sebelum ini.
Ekoran kelewatan tersebut juga, maka Najib katanya tidak boleh menganggap tuduhan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang membiayai kos membawa pulang pelajar terbabit sebagai fitnah.
"Kita sambut baik jaminan kerajaan itu tapi Perdana Menteri tak boleh anggap dakwaan ibu bapa pelajar, dan rakyat bahawa kerajaan tiada wang dan pelajar kena tanggung tambang balik, sebagai fitnah.
"Saya difahamkan mereka mendapat maklumat dari Wisma Putra dan Kedutaan sendiri bahawa kos tambang balik dari Jeddah ke Malaysia kena tanggung sendiri sehingga ada yang telah membeli tiket sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Perkara tersebut juga kata Mahfuz turut dilapor media perdana sebelum ini.
Najib sewaktu mengumumkan jaminan tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru semalam menganggap dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau seperti dilapor media berkata, isu tersebut telah dipolitikkan oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seharusnya memberi kerjasama bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyebar fitnah.
Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan, pengumuman jaminan tersebut dibuat Najib ekoran malu kepada Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud, kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Seperkara lagi kata Mahfuz, kerajaan juga tidak sepatutnya mengumumkan untuk merujuk dan berurusan dahulu dengan pihak swasta lain seperti Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia berhubung pembiayaan kos terbabit.
Tindakan tersebut katanya hanya hanya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menanggung sepenuhnya kos misi tersebut.
"Kita setuju pihak swasta tunai tanggungjawab sosial, tapi tak kan kerajaan nak tengok dulu swasta boleh bagi berapa.
"Sepatutnya umum tanggung penuh la, lepas tu bincang la nak cari duit dari mana," katanya lagi.

6 comments:

  1. PAS akan mempolitikkan apa saje isu yg timbul.
    Ingat lagi di PRK Tenang, jenazah orang Islam pun telah dipolitikkan!
    Rakyat akan membuat penilaian terhadap PAS di PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  2. Mohd
    Kita harap rakyat dapat jadikan PAS sekadar parti pelengkap demokrasi shj dalam PRU 13 nanti!!!!

    ReplyDelete
  3. Tengok cara pemborosan Mahfuz Bean. Keluarkan duit kerajaan dulu baru ambil dana dari swasta. Ertinya apa tu?

    ketirisan. Masyuk poket dulu....

    Dorang suka tu kalau duit kerajaan kena keluar pasal kecemasan kerana susah nak di persoalkan kalau duit tu 'disimpangkan' secara terhormat. Adik beradik money laundry songsang!

    Kalau bagi dorang ni memerintah boleh bangkrap Malaysia. Ikut sedap anu dia jer bercakap macam la duit datang dari langit.

    Tu lah orang tak biasa makan duit keringat sendiri. Duit yang halal sebagai wakil rakyat pun jadi haram kerana kerja tak buat. Tu lah jadi rosak.

    ReplyDelete
  4. Hahn...
    Inilah PAS....mulut kalah mulut MAMI JARUM...sembang tak jatuh...kerja macam KEPALA B@T@H!!!!maki skit..jgn marah Hahn...hu3

    ReplyDelete
  5. bila kerajaan dah keluar duit dulu, lps tu bolehla diorg spin isu tu...percayalah, nanti diorg akan cakap kerajaan makan duit tu..sebab tak masuk dlm bajet...

    ReplyDelete
  6. omong...
    namapun PAS..memanglah HAMPAS!!!!!jgn bimbang kjaan ada jabatan audit negara....tak mcm PAS..duit tabung MEMALi..duit penyokong PAS yg mereka dakwa syahid..duit anak2 yatim Syahid pun mereka kebas..apa lg yg boleh dikatakan!!!!

    ReplyDelete