Wednesday, February 9, 2011

NIK AZIZ TERTUNGGING...ANWAR MERENUNG DARI KEJAUHAN.....

Nik Aziz pasti tungging buyung kali ini mengenangkan bahawa dia tak lama lagi akan disingkirkan dari jawatan Menteri Besar dalam PRU13 nanti. Nik Aziz ingat  rakyat Kelantan semakin menyayangi dia dan bolehlah dia menjadi MB sampai mati di atas kerusi empuk di pejabatnya! Anwar Ibrahim pula sedang belajar merenung
dari jauh sebab tak lama lagi...kita tak tahu dan dia sendiri pun tak tahu yang mana dulu...merenung dari tingkap penjara Sg Buluh dulu atau merenung PKR yang tinggal DIA, AZMIN, AZIZAH dan NURUL....





30 ahli Pas termasuk 2 pemimpin sertai UMNO di Pasir Puteh

09/02/2011 4:46pm

PASIR PUTEH 9 Feb. – Seramai 30 anggota Pas termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat Pas Semerak, Noriah Salleh menyertai UMNO hari ini.
Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.
"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.
Selain itu, katanya pemimpin Pas sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota UMNO seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.
Noriah, 30, pula berkata, beliau memutuskan keluar dari parti itu disebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah yang boleh merosakkan akidah. – Bernama


200 bekas ahli PKR sertai Gerakan

09/02/2011 3:48pm

IPOH 9 Feb. - Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun, hari ini, menyertai Gerakan.
Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment