Thursday, February 3, 2011

MAAROF TIDAK TAHAN BEBAN KERJA...... AMBIK MC LAGI??????

sekadar nak bertanyakan Pak Menteri kerana ramai guru bertanyakan apa sudah jadi dengan BEBAN Jawatankuasa BEBANAN yang mengkaji BEBAN tugas berlebihan atau kerja-kerja yang tidak sepatutnya DIBEBANKAN ke atas guru tetapi DIBEBANKAN juga sehingga menyebabkab guru TERBEBAN lalu BEBANAN itu telah menyebabkan prestasi guru juga ikut TERBEBAN . 

Atau adakah jawatankuasa Khas itu juga ikut TERBEBAN kerana mengkaji BEBANAN tugas guru memang satu BEBANAN yang amat MEMBEBANKAN, jika tidak masakan para guru menganggap BEBAN yang mereka tanggung selama ini satu BEBANAN dan kini BEBANAN itu menghantui pula jawatankuasa BEBAN yang mengkaji BEBANAN guru-guru yang TERBEBAN atau mungkin jawatankuasa BEBAN itu setelah mengkaji BEBANAN tugas guru kini sendiri sedang mengkaji mengapa mereka pula kini DIBEBANKAN dengan BEBANAN guru-guru yang TERBEBAN sehingga mereka sendiri merasa TERBEBAN akibat melihat BEBAN kerja guru-guru yang sudah lama TERBEBAN akibat BEBAN kerja yang DIBEBANKAN  ke atas mereka sehinga mereka rasa TERBEBAN!

p/s : penulis artikel, saudara Norhisyam Mohamad adalah SU JKKKP KotaSarangSemut.

 

 

Apa jadi Jawatankuasa Khas?

TELAH hampir setahun penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira buat seluruh guru. Namun sehingga kini para guru masih menanti dengan penuh debaran kerana tiada sebarang perkembangan berkaitan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut.

Apa yang para guru ingin tahu ialah apakah metadologi kajian yang akan atau telah digunakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut? Sekiranya melalui kaji selidik, mengapa tiada sebarang borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru? Sekiranya metadologi temubual digunakan, bilakah masanya para guru akan diberi peluang menyatakan masalah mereka?

Atau sekiranya kajian dilakukan menggunakan teknologi terkini, apakah nombor telefon khas atau emel jawatankuasa khas tersebut yang boleh para guru hubungi. Atau adakah jawatankuasa khas tersebut akan menggunakan teknologi paling terkini iaitu kaedah pemerhatian yang digabungkan dengan teknik remote control?

Namun sehingga kini nampaknya tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, sebaliknya yang timbul ialah ‘lebih kerja’ untuk guru.

Terbaharu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan yang sememangnya bertujuan murni bagi mencungkil potensi pelajar. Namun malangnya pihak pentadbiran sekolah yang mahu cepat menjadi pengetua atau guru besar cemerlang barangkali, terus cuba mengimplementasi 1Murid 1Sukan seolah-olah Sekolah Kebangsaan (SK) adalah sekolah sukan!

Tidak ada satu garis panduan khusus untuk melaksanakannya. Segalanya bergantung kepada pihak pentadbiran sekolah. Mungkin lebih wajar sekiranya waktu pembelajaran sedia ada pada hari-hari tertentu dianjalkan bagi memberi ruang kepada satu atau dua waktu program 1Murid 1Sukan. Malangnya kebanyakan sekolah mengambil tindakan yang paling popular iaitu guru-guru kena datang waktu petang untuk menjayakan 1Murid 1Sukan.

Para guru sebenarnya sudah tidak kisah untuk pulang lewat setiap petang kerana selepas bersukan dan berko-kurikulum dengan murid-murid sehingga lewat petang, guru-guru akan menjadi semakin cergas. Pada sebelah malamnya ramai guru merasa amat bertenaga untuk menyemak buku nota dan buku latihan pelajar.

Anak-anak pula, kebanyakan guru tidak mempunyai anak untuk dididik. Bagi guru yang mempunyai anak pula, anak mereka akan diserahkan pula kepada masyarakat setempat untuk dididik sebagai balasan guru mendidik anak masyarakat pada sebelah siangnya.

Guru-guru amat mengharapkan sesuatu yang positif daripada jawatankuasa khas tersebut agar permasalahan beban kerja guru dapat diselesaikan dan guru kembali menjadi pendidik yang sebenar-benarnya. Permasalahan ini seharusnya diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ia membazirkan masa para guru dan merugikan pelajar.

Justeru para guru seluruh negara amat mengharapkan agar satu transformasi dalam profesyen perguruan akan diumumkan.

NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah, Kedah

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

2 comments:

  1. kota sarang semut ni adalah tempat asal aku..dulu aku belajar di sekolah muazam shah.tingkatan 1 di tumpang ke sek.cina sin min jln pendang.kawasan ni pas cukup kuat..bukit raya.alor serdang dan kg jawa pun pas kuat juga.cuma kg alor pudak umno kuat..itu dulu sekarang entah ler.hiduppp umno!!pedulikan PAS.DAP dan PKR perosak negara.

    ikhlas dari capt razak

    ReplyDelete
  2. Capt Abd Razak..Salam...
    Utk pengetahuan Capt... peti undi Kota sarang Semut kini kubu kuat BN...cuma 2008 kalah sedikit akibat perasaan marah rakyat kat Pak Lah!!!!
    I/Allah PRU13 nanti...sokongan kembali pulih!!!!sama2 kita berjuang utk agama, bangsa dan negara!!!

    ReplyDelete