Friday, February 18, 2011

ABANG PUDURAYA AKAN KEMBALI MENERUSKAN AKSINYA....!!!!!!

Mungkinkah Abang Puduraya akan kembali mengoperasikan 'BAS'nya sebaik sahaja Hentian Puduraya akan dibuka semua seperti yang diumumkan. Beranikah Abang Puduraya kembali beraksi atau mungkinkah Abang Puduraya sudah insaf ataupun Abang Puduraya tak berani beraksi bimbang gambar 'adik kecik'nya pula terpampang di dada-dada blog!!!!




Hentian Puduraya hanya akan dibuka 16 April

18/02/2011 5:09pm

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.
Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.
"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum ‘testing’ (diuji) lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.
Turut serta dalam lawatan hampir 45 minit itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Datuk Bakaruddin Othman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar dan Pengurusan) Datuk Adnan Md. Ikhsan serta Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad Datuk Jaafar Abu Hassan.
Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac ini selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009. - Bernama

No comments:

Post a Comment