Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM338 bilion (US$109.6 bilion) setakat 14 Februari 2011
adalah lebih rendah berbanding
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan US$106.5 bilion) pada 31 Disember 2010.
Justeru itu Dato Seri Najib tanpa rasa malu sejajar dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan haruslah segera mendapatkan pandangan dan kepakaran ANWAR IBRAHIM demi untuk menyelamatkan MALAYSIA dari bankrap. Gaji yang harus di tawarkan kepada ANWAR IBRAHIM hendaklah melebihi gaji ANWAR IBRAHIM sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. Pakar-pakar ekonomi kebanyakan berpendapat untuk khidmat terhebat itu, ANWAR IBRAHIM harus dibayar RM1.10 !!!!
Rizab antarabangsa Bank Negara RM338 bilion
22/02/2011 6:05pm
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM338 bilion (US$109.6 bilion) setakat 14 Februari 2011.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek.
Rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$99 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion).
Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM407.706 bilion. - Bernama
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM328.6b
KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan US$106.5 bilion) pada 31 Disember 2010.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
"Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dolar pada suku keempat,” katanya.
BNM berkata, untuk keseluruhan tahun 2010, rizab antarabangsa menurun sedikit sebanyak RM2.7 bilion kepada RM328.6 bilion (akhir-2009: RM331.3 bilion).
Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/1/2011
HEHEH PEDAS!..PEDAS!...ISSSPPP AAAAHHH PEDAS! PEDAS!!..MANE2 PEGI PUNAISIHAT SINGGIT KITA TUH ISHHHH
ReplyDeleteJeffry...
ReplyDeletehebat le Jeffry..dia dah boleh bawa masuk duit tok arab RM3 Trillion!!!!
kalau penasihat tu memang rezab BNM boleh bertambah. PASTI!
ReplyDeleteDia akan sign perjanjian dengan Bank Dunia untuk dapat pinjaman menambah rezab BNM mengikut syarat yang akan diberikan oleh pihak Bank Dunia.
Amacam? heheehe
B@B...
ReplyDeletesyarat2 perjanjian...Malaysia kena sediakan lebih banyak coffe boy untuk staf2 Bank Dunia!!!!