Thursday, February 17, 2011

ALAMAK ....SEBAB APA NAMA AKU PULAK YANG NAIK NI !!!!!!

aku tak rela nama aku disenaraikan, aku takut nanti dikatakan mengambil kesempatan dari DEB untuk membuat kekayaan. Aku naik guna keupayaan aku sendiri apa bukan macam sesetengah orang Melayu terpaksa kaya melalui DEB. Aku bukan macam sesetengah ahli politik yang suka mengambil kesempatan menerajui GLC seperti FELDA kononnya untuk melonjakkan FELDA walaupun hakikat sebenarnya untuk membuat kekayaan bagi diri sendiri!!!!......kerana itu aku hebat apatah lagi dengan jawatan besar aku dalam GLC ni... cuma mak aku tolong sikit masa mula-mula nak naik dulu!!!!!



Robert Kuok dahului senarai 40 individu terkaya Malaysia

16/02/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Robert Kuok, “Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion.
Beliau disusuli taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.
Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.
Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.
Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.
Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion. – Bernama

No comments:

Post a Comment