Thursday, February 17, 2011

GOBALA KRISHNAN MENGGIGIT LAGI...!!!!



Saya dengan rendah diri menjemput semua pembaca-pembaca, pengunjung blog serta blogger tak kira blogger penyokong kerajaan atau pembangkang ke Arena Square dekat Batu Gajah pada 20 Feb 2011 jam 0800. Satu pendedahan berani dari seorang adik kandung sendiri bakal diluahkan oleh Ummi Hafilda. Tidak ketinggalan juga seorang Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan juga bekas pemimpin PKR.

Kami juga berbesar hati kerana seorang lagi individu yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim, Rahimi Osman iaitu bekas pegawai khas Anwar Ibrahim.

Mereka bertiga akan menggegarkan Arena Square dengan fakta-fakta terkini tentang pendedahan  bertajuk 'Apa Agenda Tersembunyi" pakatan rakyat.

  • Saudara dan saudari akan dihidangkan bagaimana strategi Azmin Ali bersama Anwar Ibrahim memanipulasikan ketuanan Melayu sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara Republik
  • Saudara dan saudari akan dihidangkan bagaimana penipuan Anuar Ibrahim tentang hubungannya dengan Samsidar isteri Azmin
  • Akan dihidangkan penipuan yang telah diatur rapi bagi membolehkan PKR dalam genggamannya dan dalam masa yang sama Anwar dan Azmin melaung-laungkan tentang keadilan
  • Bagaimana Anwar menyusun jadual salahlaku seknya begitu rapi sehingga tidak diketahui oleh orang lain selain yang terlibat sahaja
Oleh itu diminta juga kepada blogger penyokong kerajaan membantu saya mempromosikan ceramah yang julung-julung kali diadakan di Batu Gajah.

No comments:

Post a Comment