Sunday, February 13, 2011

KALAULAH DOKTOR BEKERJA SEPERTI GURU....!!!!!

Banyak pihak sebenarnya tidak tahu beban tugas sebenar seorang guru justeru itu ramai yang memandang remeh isu beban tugas guru yang sering terpampang di media massa. Ramai masih menganggap tugas guru  adalah sama seperti yang di paparkan dalam filem P. Ramlee..Masam-Masam Manis...Cikgu tidur, hari-hari cikgu tidur! Hakikatnya walaupun profesyen perguruan adalah profesional tetapi kerja buat seoran guru tidak lebih seperti buruh paksaan!



Jika diimplemantasikan tugasan harian seorang guru ke dalam tugasan seharian seorang doktor, bayangkan....doktor kena tanda kehadiran pesakit, doktor perlu panggil no giliran pesakit, pesakit ada yang dengar..ada yang tak dengar...doktor terpaksa terjerit-jerit seperti beruk memanggil-manggil nama pesakit. Ada yang diam tetapi ada yang terus bersembang..bising macam kat pasar...Selepas itu doktor terpaksa menggunakan segala kekuatan fizikal dan mental untuk memaksa pesakitnya duduk diam agar doktor dapat melakukan pemeriksaan, Selepas itu doktor sediakan ubat dan memberikan sendiri ubat kepada pesakit. setelah 120 minit  memeriksa beberapa pesakit doktor berehat 40 minit..sedang suap makanan tiba-tiba ada pesakit  datang lapor kad daftar hospital hilang..nak yang baru, ada pesakit datang nak laporan perubatan sebab nak pindah ke negeri lain! Tinggal makan bagi apa yang pesakit minta.. Selepas berehat doktor terjerit-jerit lagi memanggil nama pesakit...ada pesakit yang masuk lewat ...sambung kerja lagi 80 minit...sedang melakukan pemeriksaan ke atas pesakit tiba-tiba dapat surat..pengarah hospital nak laporan berapa ramai pesakit dan jenis-jenis penyakit minggu lepas..SEGERA...!!!!..ada rehat 40 minit...lari sana..lari sini..beratur nak print laporan...photostat...lepas tu periksa pesakit balik lagi 80 minit...ada pesakit tertinggal dan hilang kad pesakit..doktor kena tolong buat baru..tengah buat laporan ada pesakit bergaduh berebut kerusi... Masa rehat 40 minit..tengok laporan ada pesakit yang tidak membawa duit..janji esok bayar...tetapi dah nak masuk setahun tak bayar-bayar..pengarah panggil doktor suruh doktor buat apa sahaja asalkan pesakit buat bayaran..atau ganti duit sendiri..doktor yang tak bagi muka kat pesakit..tak ada duit..tak ada ubat...pengarah panggil juga suruh beri ubat tu nanti kutip bayaran!!! Mana-mana pesakit yang tak datang membuat rawatan susulan..pengarah arahkan doktor buat surat pemberitahuan kepada waris. Tengah print surat-surat pemberitahuan...ada surat lagi kali ni dari pejabat kesihatan daerah pulak nak statistik berapa ramai pesakit dan jenis-jenis penyakit minggu lepas! Kalau ada masa free lagi..doktor buat rondaan periksa kebersihan wad-wad tertentu..ikut tugasan yang telah ditetapkan..Dalam 1 minggu kadang-kadang ada 2 atau 3 petang kena datang buat fisioterapi kat pesakit 1 jam setengah. Balik malam kena semak laporan perubatan pesakit yang perlu dibuat seminggu sekali tetapi ada 600 hingga 1200 laporan yang perlu disemak dengan teliti!!!



p/s : penulis artikel, saudara NORHISYAM MOHAMAD adalah SU JKKKP Kota Sarang Semut

MENYANGGAH DAKWAAN CIKGU MOKHTAR

KALAULAH benar seperti yang didakwa Cikgu Mokhtar Sabah bahawa purata guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu, maka memang patut malulah guru yang mengaku terbeban. Tetapi bagaimana pula dengan guru-guru yang mengajar 31 waktu x 30 minit = 930 minit dan 27 waktu x 40 minit = 1080 minit! Mereka patut malu kepada siapa?
Bagaimana pula dengan seorang guru memegang jawatan seperti guru kelas, ketua panitia, ahli jawatankuasa kewangan dan pengauditan sekolah, pengurus saham koperasi, ahli jawatankuasa kurikulum sekolah, ahli jawatankuasa pengendalian dan pengurusan PBS peringkat sekolah, guru rumah sukan, ketua guru kelab sukan dan permainan, guru penasihat kelab dan persatuan dan bendahari PIBG dalam masa yang sama.! Adakah guru ini perlu malu kepada Cikgu Mokhtar Sabah! Mengenai tuduhan Cikgu Mokhtar bahawa guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Malah ada dalam kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar.
Kes sedemikian saya tidak pernah temui dan mungkin hanya berlaku di sekolah Cikgu Mokhtar Sabah. Bagi ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mengumpul kekayaan menerusi ceramah sehingga mengabaikan pelajar dan guru sukan yang kaki kelentong seperti yang dimaksudkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah, tepuk dada tanyalah selera kerana masing-masing arif akan halal dan haram duit gaji masing-masing. Yang lebih penting, perkara tersebut yang ditimbulkan oleh Cikgu Mokhtar Sabah jelas bukan sebahagian daripada beban tugas guru sebagaimana yang sering dirungutkan oleh para guru. Cikgu Mokhtar Sabah walaupun hampir 20 tahun menjadi guru dan pengurus sekolah, sebenarnya masih belum faham akan ‘beban tugas guru’ yang sering menjadi rungutan guru.
Cikgu Mokhtar Sabah harus faham bahawa situasi guru ‘makan angin’ di Sabah tidak boleh disamakan dengan nasib guru ‘tak malu yang terbeban’ di sesetengah sekolah di Semenanjung. Yang merungut ialah guru-guru yang betul-betul ingin menjadi guru tetapi terbeban dengan tugas-tugas bukan P&P terutama tugasan perkeranian! Hakikatnya pengetahuan dan pengalaman Cikgu Mokhtar Sabah hanyalah dalam lingkungan tempurung pendidikan di Sabah atau lebih tepat lagi pengalaman pendidikan Cikgu Mokhtar Sabah lebih menepati konsep ‘melancong sambil mendidik’! Saya ingin menasihati Cikgu Mokhtar Sabah agar melakukan sedikit ‘kerja rumah’ mengenai pendidikan di luar konteks tempurung sekolah Cikgu Mokhtar Sabah sebelum ‘membelah’ sesuatu isu pendidikan agar kredibiliti Cikgu Mokhtar Sabah sebagai seorang pengurus sekolah yang hebat tidak terjejas!
NORHISYAM MOHAMAD
Kuala Kedah

2 comments:

  1. Kalau macam tu jangan jadi guru carilah kerja yang lain. Tiap2 tahun minta isi profile pelajar, data yang diminta dulu pi mana.. Tu yang banyak beban buat kerja ulang2..

    ReplyDelete