Monday, February 21, 2011

MAYBANK 'PECAT' ZAFRUL !!!!!

Takut ke sampai Ketua Eksekutif kumpulan terpaksa membela Tengku Zafrul. Itulah lain kali sebelum membuat sebarang kenyataan ... sedarlah diri tu siapa....adakah diri kamu layak untuk menjawat jawatan tersebut dengan usaha sendiri..jika kamu pun berkroni dan berkabel..janganlah bercakap sesuka hati menempelak orang lain seolah-olah diri kamu tu mulia!!!!



Kenyataan Tengku Zafrul mengenai Isa pandangan peribadi

21/02/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini
Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.
Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana. - Utusan

6 comments:

  1. Terjelir lidah boleh tarik
    Terlajak perahu sampan hanyut
    Terlajak KATA... badan binasa

    Ayuh .. GAPs lanyak betoi22 budak Zafrul ni..
    samapai dia sendiri letak jawatan..

    Salam sayang untuk Tan Sri Isa Samad

    ReplyDelete
  2. amnitpg...
    tak boleh biar mcm tu shj...patut d pecat atau d turunkan pangkat !!!!

    ReplyDelete
  3. Tengku Zafrul ni tak sedaq kut,Maybank tu GLC!!!nak kutuk,p kerja dgn syarikat apek..opppsss

    ReplyDelete
  4. princess jiji...
    sbb tulah kita patut gelakkan dia....kata bijak sgt....boss sndiri pun x kenal!!!!kalau dia hebat n bijak sgt cuba dia mintak jd ceo Hong Leong @ public tgok!!!!....silap2 kena jual kredit kad sj...hu3

    ReplyDelete
  5. Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota asal ceramah (sebelum dipinda ke tajuk di atas)
    http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    ReplyDelete
  6. Fakeh...
    akan di panjangkan ke pihak berkaitan..TQ

    ReplyDelete