Wednesday, February 23, 2011

Tengku Zafrul dah mohon maaf dari Isa Samad !!!!

 

 

 

 

 

Mana dia berani....suruh abang dia saja yang cakap..itupun abang dia bagi kenyataan bodoh saja...macam orang lain tak sekolah langsung!!!

PENJELASAN oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bahawa kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini adalah merupakan pandangan peribadi beliau, tidak dapat diterima oleh penyokong kerajaan.

Penjelasan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank tersebut bahawa kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut juga tidak boleh diterima.
Sebagai seorang yang terlalu bijak, Tengku Zafrul semestinya telah maklum bahawa penganjur forum berkenaan adalah satu organisasi media yang antikerajaan sedangkan beliau jelas membawa imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional.
Kenyataan Tengku Zafrul yang seseolah-olah memperlekehkan pelantikan yang dibuat Perdana Menteri itu telah menjejaskan imej Tan Sri Mohd Isa khasnya dan ahli politik kerajaan secara amnya.
Kenyataan Tengku Zafrul jelas satu penghinaan terhadap kewibawaan ahli-ahli politik kerajaan, terutama UMNO, sedangkan hakikatnya ahli-ahli politik UMNOlah yang bertanggungjawab mewujud, mengekal dan memajukan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang unggul seperti TM, Petronas, TNB termasuklah Maybank sendiri.
Tanpa peranan dan kewibawaan ahli-ahli politik UMNO, siapalah Tengku Zafrul untuk berkhidmat di sebuah syarikat gergasi perbankan seunggul Maybank. Mahukah bank lain memberi ruang dan mengangkat Tengku Zafrul sebagai Ketua Pegawai Eksekutif?
Penghinaan oleh Tengku Zafrul bukannya adegan daripada salah satu siri rancangan realiti Raja Lawak. Justeru, beliau perlu memohon maaf daripada Tan Sri Isa secara terbuka kerana penghinaan yang berlaku juga secara terbuka.

NORHISYAM MOHAMAD
Alor Setar, Kedah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

4 comments:

  1. senang jer, suruh je Isa pindahkan akaun Felda dari maybank ke bank2 tempatan yg lain. tengok apa reaksi maybank kpd mamat tu.

    ReplyDelete
  2. zari..
    tindakan yg bijak..kita tengok abang Wahid nak keluar kenyataan pulak lepas tu!!!!

    ReplyDelete
  3. Peribadi kepala hotak dia! Ingat orang nak jemput dia kalau dia bukan CEO Maybank Investment? Kalau tak ada jawatan tu, tak wujud lah dia.

    Yang si Wahid tu nak cakap bagi pihak buat apa? Elok sama sama pi beramboih. Minta DS Najib tendang dua dua ekoq tu. Amacam?

    Bukan baguih sangat dua-dua ekoq ni. Ada lagi Melayu yang lebih terer tapi sayang tak ada 'sponsor' saja.

    ReplyDelete
  4. Ayah...
    Kedua2 ekoq tu naik pun sebab UMNO..kalau DAP perintah takkanlah Tuan LIM GUAN ENG nak bagi Dua2 Ekoq tu jd CEO..baik dia bg RONNIE LIU n ELIZABETH WONG !!

    ReplyDelete