Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA JKKK(P) KOTA SARANG SEMUT
Semoga umat Islam di negara ini insaf akan apa yang telah menimpa mereka dan seterusnya beroleh keberkatan dan kejayaan dari Allah S.W.T

Wednesday, September 1, 2010

Apabila Asri Terdiam dengan Jawapan Zulkifli Noordin

(Saya agak tertarik dengan jawapan ringkas yang diberikan oleYB Zulkifli Noordin kepada Mantan Mufti Perlis berhubung isu orang kafir boleh diizinkan masuk masjid.
Sama-samalah kita berfikir)

Ustaz Pun Tidak Layak



Saya bersyukur banyak respon positif yang diterima berkaitan isu membenarkan kafir harbi memasuki ruang utama solat didalam masjid/surau.

Seorang sahabat saya, seorang Ustaz berijazah doktor falsafah menghubungi saya dan cuba memberi pandangan alternatif. Saya cuma tanya satu soalan sahaja kepada beliau; "bukankah enta sendiri, seorang ilmuan Islam berkelulusan PhD, pernah menjawat jawatan tinggi, pernah ditahan, ditangkap dan diheret ke Mahkamah kerana memberi tazkirah disebuah rumah persendirian?".

"Kalau orang macam enta pun dikira tak layak masuk surau masjid dalam negeri Selangor untuk bertazkirah, takkan kafir harbi pulak lebih layak dari enta"?

Sahabat saya itu terdiam, dan saya nasihatkan beliau supaya lebih menumpu kepada usaha da'wah daripada sibuk mencampuri urusan kepartian yang kelak akan menjahanamkan nama baiknya. Janganlah kerana mencari populariti politik kepartian, aqidah dan syariat menjadi bahan dagangan.

Moga ALLAH melindungi kita semua daripada fitnah dan mehnah akhir zaman ini.


Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Ramadhan 1431
31 Ogos 2010

Namewee si bodoh yang menyakitkan hati...

Utusan Malaysia 1 September 2010

Namewee si bodoh yang menyakitkan hati...
Terdetik di hati saya, Si Namewee bodoh atau buat-buat bodoh apabila mengeluarkan kenyataan tindakannya melagukan makian, menunjukan isyarat lucah dan menghina agama Islam adalah untuk menarik perhatian masyarakat.

Atau beliau menganggap orang Melayu bodoh apabila beliau menyebut video klip tersebut dibuat bagi mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa yang tidak menghormati usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam membina negara 1Malaysia.

Apa akan jadi dengan konsep 1 Malaysia sekiranya semua rakyat Malaysia melagu dan manyanyikan cacian dan makian di atas setiap fitnah dan isu yang disensasikan?

Sebelum Namewee memuatnaikkan 'karya agung menghina Melayu'nya itu, sebagai seorang yang terpelajar dan bertanggungjawab, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu kebenaran fitnah rasis yang telah dilemparkan kepada seorang pengetua sekolah. Juga menyelidik isu remeh yang disensasikan kerana banyak blog yang menyiarkan cerita sebenar di sebalik fitnah yang sengaja dilemparkan untuk mengeruhkan keharmornian kaum di negara ini!

Beratus-ratus pengetua, termasuk pengetua bukan Islam, menasihati pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Malah ada pengetua bukan Islam yang memarahi pelajar bukan Islam kerana bersubahat membeli makanan kepada pelajar Islam!

Jika benar Namewee seorang yang menentang rasisme dan cintakan kedamaian di negara ini, mengapa tidak ada lagu untuk mereka yang mempertikaikan hak istimewa bumiputera, mengapa tiada lagu untuk pengkhianat surau? Mana dia lagu untuk mereka yang sengaja membakar jambatan perpaduan antara kaum?

Di mana lagu yang menyokong sekolah wawasan atau sekolah satu sistem, dan mengapa tidak dilagukan cacian terhadap pendemontrasi yang menggugat keamanan negara? Sedangkan untuk orang Melayu atau melibatkan Melayu, sentiasa ada lagu 'istimewa' yang menusuk hingga ke jantung!

Walaupun beliau telah menarik balik klip video tersebut, ia tidak akan dapat menghapuskan sakit hati orang Melayu dengan begitu mudah sebagaimana dengan mudahnya beliau akan membuat satu lagi permohonan maaf!

Bukan semua umat Islam mudah memaafkan Namewee di atas penghinaan yang beliau lakukan dalam klip video 'Negarakuku' kerana sakitnya terasa hingga ke tulang hitam. Hanya orang Melayu yang dungu sahaja tidak terguris menonton klip video tersebut.

Lawak jenaka Namewee tidak seharusnya diterima sebagai alasan untuk diaturkan satu lagi sesi memohon maaf untuk mengubat hati orang Melayu. Hati orang Melayu yang terluka tidak mudah diubati.

NORHISYAM MOHAMAD

Kuala Kedah, Kedah.



Namewee sengaja timbul isu perkauman, tak belajar kesilapan lalu
Berita Harian 2010/09/01
TERDETIK di hati saya mengenai Namewee apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tindakannya melagukan makian, menunjukkan isyarat lucah dan menghina agama Islam adalah untuk menarik perhatian masyarakat.

Atau beliau anggap orang Melayu bodoh apabila beliau menyebut video klip itu dibuat bagi mempertahankan Perlembagaan dan mengutuk sesiapa yang tidak menghormati usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membina negara 1Malaysia. Apa akan jadi dengan konsep 1Malaysia jika semua rakyat Malaysia melagukan dan menyanyikan cacian serta makian di atas setiap fitnah dan isu yang disensasikan. Sebelum Namewee memuatnaikkan ‘karya agung menghina Melayunya’ itu, sebagai seorang yang terpelajar dan bertanggungjawab, beliau sepatutnya menyelidik terlebih dulu kebenaran fitnah rasis yang dilemparkan kepada seorang pengetua sekolah serta isu remeh yang disensasikan kerana banyak blog yang menyiarkan cerita sebenar di sebalik fitnah yang sengaja dilemparkan untuk mengeruhkan keharmonian kaum di negara ini.

Beratus-ratus pengetua termasuk bukan Islam menasihati pelajar bukan Islam supaya menghormati pelajar Islam yang berpuasa malah ada pengetua bukan Islam yang memarahi pelajar bukan Islam kerana bersubahat membeli makanan kepada pelajar Islam.

Jika benar Namewee seorang yang menentang rasisme dan cintakan kedamaian di negara ini, mengapa tidak ada lagu untuk mereka yang mempertikaikan hak istimewa Bumiputera. Mengapa tiada lagu untuk pengkhianat surau. Di mana lagu untuk mereka yang sengaja membakar jambatan perpaduan antara kaum.

Di mana lagu yang menyokong sekolah wawasan atau sekolah satu sistem, dan mengapa tidak dilagukan cacian terhadap pendemontrasi yang menggugat keamanan negara. Sedangkan untuk orang Melayu atau membabitkan Melayu, sentiasa ada lagu istimewa yang menusuk hingga ke jantung.
Walaupun beliau sudah menarik balik klip video itu, namun ia tidak dapat menghapuskan sakit hati orang Melayu dengan begitu mudah seperti dengan mudahnya beliau akan membuat satu lagi permohonan maaf.

Bukan semua umat Islam mudah memaafkan Namewee atas penghinaan yang beliau lakukan dalam klip video Negarakuku. Hanya orang Melayu yang dungu tidak terguris apabila menonton klip video itu.

Hati orang Melayu hanya akan terubat sekiranya Namewee dinyahkan dari negara ini.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pergerakan Pemuda Umno
Bahagian Kuala Kedah.