Tuesday, February 15, 2011

AKU TENSEN....MENGAPA BUKAN NIK AZIZ......!!!!!!!

Aku rasa nak marah sungguh...Sapa Dr Hayei ni....aku tak pernah dengar pun nama dia...tak pernah dengar dia mencaci orang Islam lain.....aku tak pernah dengar dia memaki hamun....aku tak pernah dia dengar bercakap perkara-perkara yang tak elok..dia pernah kafirkan orang Islam lain tak????dia pernah jadi lembu politik DAP dan PKR ke..????Pernah ke dia bekerjasama dengan SETAN!!!!Pernahkah dia bersekongkol dengan kafir menjatuhkan kerajaan yang diterajui orang Islam lain!!!aku tak pernah dengar dia ada penyokong-penyokong yang sanggup tidur atas jalan...aku tak pernah dengarpun dia mendabik dada memberitahu dia ilmuan Islam...jadi bagaimana dia boleh dapat Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011!!!!JAKIM harus jawab ni!!!!!

 

Dr. Hayei penerima anugerah perdana Maulidur Rasul 2011

15/02/2011 1:14pm

PUTRAJAYA 15 Feb. – Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011 hari ini.
Beliau menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong pada majlis sambutan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang aditerbitkan oleh Jakim.
Dalam pada itu, enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.
Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. – Utusan

No comments:

Post a Comment