Sunday, February 20, 2011

ANWAR IBRAHIM VS DR ASRI

Anwar Ibrahim tetap ANWAR IBRAHIM kerana tiada siapapun yang mampu mengatasinya malah lebih ramai yang tertonggeng bersujud mendakap DADA dihadapannya!!!!!.....Dr ASRI bukanlah lawan ANWAR IBRAHIM!!!



Dr Asri: Wajib pertahan PM tentang pluralisme



Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain.

Dr Mohd Asri ini, semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah".

"Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya," kata Dr Asri.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya.

Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".


Anwar pertahan fahaman pluralisme

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan fahaman pluralisme agama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.
Dalam laman sosial twitter milik Ketua Pembangkang itu, beliau dilihat mempertahankan fahaman itu melalui mesej yang disampaikan kepada empat rakan twitternya.
Empat rakan twitter Anwar yang menerima mesej tersebut dan ditulis dalam bahasa Inggeris itu ialah @zahrullail, @nikabdulaziz @niknazmi dan @myberita.
Mesej itu berbunyi seperti berikut: ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” (Berpura-pura menegur pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya).’’
Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam turut meminta umat Islam menghindarkannya kerana ia jelas bertentangan dengan akidah serta syariat Islam.
Najib berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.
Ujar Perdana Menteri lagi, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja.
Pada 14 Disember lalu, ketika wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan, seorang pensyarah menyatakan Anwar merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang sering membawa mesej fahaman pluralisme agama.
Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad berkata, mesej fahaman itu disampaikan sama ada dalam bentuk tindakan mahupun ucapan.
Kata Yusri, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

No comments:

Post a Comment