Tuesday, February 15, 2011

APA BARANG MAMAT NI...!!!!!

Boleh pulak nak beurusan dengan kerajaan pusat. Apa lah jenis kulit muka mamat sekor ni hah!!!! Dah tu nak buang masa kerajaan persekutuan dengan benda-benda yang tak berfaedah..apa dia ingat kerajaan pusat gila berpolitik macam kerajaan Pakatan rakyat ke!!! Benda yang SYABAS tu buat benda bagus..tapi sebab terlalu nak berpolitik dan kat dahi tu dah di cop barua DAP....emosi dan mental sentiasa tak stabil...tiada rahmat hidup dari ALLAH SWT!!!!






Selangor minta Pusat tarik balik lesen konsesi Syabas

15/02/2011 5:38pm

SHAH ALAM 15 Feb. - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, kerajaan Persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi.
Beliau berkata, Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi.
"Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment