Thursday, February 17, 2011

PAS = NIKAH, CERAI, POLIGAMI, KHALWAT

Hanya inilah yang mampu dilakukan oleh PAS untuk pembangunan UMMAH. Mungkin dengan RM1000 setiap pasangan PAS rasa boleh untuk mengabui mata masyarakat tentang kerosakan akhlak masyarakat yang disebabkan oleh PAS!!!!PAS leka berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab agama terhadap masyarakat!!! Ceramah PAS lebih banyak merosakkan hubungan sesama masyarakat berbanding dengan faedah politik yang diperolehi PAS

 

RM1.5j untuk galakkan perkahwinan pasangan muda

16/02/2011 8:00pm

KOTA BHARU 16 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.
Semasa melancarkannya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). – Bernama

No comments:

Post a Comment