4,000 masyarakat India tiada dokumen pengenalan diri
15/02/2011 3:42pm
PUTRAJAYA 15 Feb. - Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.
Sehubungan itu katanya, Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Februari ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.
"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini. - Bernama
apa pun kena lihat juga yang di daftar tu siapa.takut2 mmg imigran yang sengaja d bawa masuk.masuk secara haram.pastu baru didaftar.klo kanak2 pun kena lihat ibubapanya jg..byk perkara yang perlu dipertimbangkan.jgn sampai kita yang menyesal dikemudian hari.
ReplyDeletesetuju...pegawai jab pendaftaran harus bijak dan profesional terutama kes2 yg mencurigakan..tak boleh cakap bahasa Melayu!!!
ReplyDelete