Thursday, February 10, 2011

BILA PENYAMUN JUAL PENYANGAK....

Elok la tu macam P. Ramlee kata dalam filem 3 Abdul...Penyamun jual Penyangak!!!!! Kesian hasrat murni
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan untuk bekerjasama dengan jabatan agama negeri-negeri di tempelak pula oleh Sisters In Islam (SIS). Namun itulah yang berlaku kepada UMNO apabila setiap kali cuba berbakti kepada masyarakat....PAS akan bersandiwara termasuklah OPS PIRAMID yang cuba disabotaj oleh sesetengah pemimpin PAS!!! 
ALLAH MAHA BERKUASA....sekarang PAS pula disandiwarakan oleh SIS




dipinjam dari http://khairulryezal.blogspot.com/

Saya menyokong penuh tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang bersedia bekerjasama  dengan jabatan Agama negeri-negeri bagi membendung gejala khalwat dan zina serta pesta minum arak sempena sambutan 'Valentine's Day'. Saya juga turut menyelar tindakan pertubuhan NGO, Sisters In Islam menganggap Pemuda PAS bertindak sebagai 'Polis Moral'. Di dalam satu kenyataannya di The Star Online, seorang pegawai SIS, Yasmin Masidi menganggap tindakan berkenaan sebagai "melanggar maruah dan privasi individu, yang diharamkan di dalam  Al Quran dan Hadith." Kita memang tidak nafikan hampir keseluruhan ahli-ahli di dalam SIS ini memang bebal dan bengap di dalam hukum hakam Agama. Banyak kenyataan mereka sebelum ini tentang Islam amat songsang dan liberal seperti pemakaian bertutup aurat, sistem mahkamah syariah dan sebagainya yang mengundang kemarahan Umat Islam. Untuk makluman Yasmin Masidi, maruah dan privasi seseorang Islam akan sentiasa dijaga selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum hakam Agama. Jangan jadikan soal privasi sebagai tiket untuk bebas melakukan maksiat.

No comments:

Post a Comment