Wednesday, February 16, 2011

KELAHIRAN NIK AZIZ ADALAH MALAPETAKA BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA !!!!

Jika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. memberi erti yang besar dalam sejarah kehidupan manusia, semenjak kelahiran baginda dan beliau diutuskan menjadi Rasul, bermulalah perubahan suatu tamadun besar, berasaskan akidah yang unggul, syariat yang syumul dan akhlak yang luhur.

Maka kerana itu, wajarlah sambutan memperingati kelahiran baginda diadakan di seluruh dunia. Biasanya tokoh-tokoh besar dunia diingati kerana jasa mereka. Justeru, pastilah Nabi Muhammad S.A.W juga diperingati kelahirannya, kerana Baginda adalah Rasulullah dan kerana jasa peninggalan baginda lebih besar dari segala jasa-jasa yang ditinggalkan oleh semua tokoh besar dunia. Tiada nama yang paling banyak disebut orang melainkan Nabi Muhammad S.A.W. yang diiringi dengan doa.


Bagaimanapun kelahiran Nik AZIZ pula adalah satu malapetaka buat umat Islam di negara ini. Bersamaan dengan lahirnya NIK AZIZ, maka lahirlah isu kafir-mengkafir, menyamakan sifat ALLAH dengan sifat jahat manusia, melacurkan nama ALLAH, menghalalkan zina, bersekongol dengan kafir DAP untuk menjatuhkan kerajaan Islam UMNO/BN, membawa era fatwa sesat yang mementingkan diri, menyebabkan kafir DAP sewenang-wenangnya menggunakan al-Quran untuk kepentingan politik, mengenepikan roh Islam yang diperjuangkan PAS.......dan banyak lagi!!!




Minda Pondok selar Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.
Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.
"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.
"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.
Mohd. Saifuddin berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan suatu amalan yang bidaah kerana ia jelas memberikan manfaat dari banyak aspek politik serta jati diri umat Islam.
"Kami merasa amat dukacita dengan kenyataan Nik Abdul Aziz ini ia seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai untuk kepentingan politik.
"Maulidur Rasul sewajarnya disambut dengan meriah di negeri ini untuk mengingatkan umat Islam terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah," katanya.

No comments:

Post a Comment