Monday, February 7, 2011

NIK AZIZ NAK DEBAT DENGAN NAJIB BAB EKONOMI????

Nik Aziz tak mahu berdebat dengan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris. Mungkin Nik Aziz nak berdebat dengan Dato' Seri Najib..mungkin berkaitan bab ekonomi dan pentadbiran....Maklumlah Nik Aziz kan pakar ekonomi dan pentadbiran Kelantan selama 20 tahun!!!!Najib terbukti.......
  








Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2010
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan USD106.5 bilion) pada 31 Disember 2010. Menurut satu kenyataan daripada Bank Negara Malaysia, Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding ringgit pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Bagi keseluruhan tahun 2010, rizab antarabangsa menurun sedikit, iaitu sebanyak RM2.7 bilion kepada RM328.6 bilion (akhir tahun 2009: RM331.3 bilion). Pada tahun 2010, akaun semasa kekal mencatat lebihan dan terdapat aliran masuk pelaburan langsung asing dan dana portfolio. Walau bagaimanapun, aliran masuk ini telah diimbangi sebahagiannnya oleh pelaburan langsung luar negeri dan aliran keluar bersih sektor swasta. Di samping itu, terdapat juga pengurangan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing kumulatif yang belum direalisasikan berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang utama  sepanjang tahun tersebut.
Rizab antarabangsa Malaysia yang kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya dijangka terus berada pada paras yang selesa pada tahun 2011. Paras rizab ini akan disokong oleh lebihan dagangan yang berterusan serta aliran masuk pelaburan langsung asing.


Nik Aziz 20 tahun kencing rakyat?????

REFLEKSI KELANTAN DI BAWAH PEMERINTAHAN NIK AZIZ

Selama 20 tahun Nik Aziz  menjadi Menteri Besar Kelantan terjadinya:-
1. Pembinaan 2 patung Budha terbesar di Malaysia bahkan lebih besar dari negara Budha di Thailand. Tinggi patung itu melebihi ketinggian kubah masjid
2. Penguasaan ekuiti kaum Melayu dalam syarikat pembinaan tidak menentu, kebanyakan dikuasai oleh kaum bukan Melayu
3. Persekitaran kotor
4. Bencana alam seperti banjir yang biasanya 2 minggu paling lama bertahan kini sampai sebulan (Daerah Tumpat). Kemarau berpanjangan. Nik Aziz kata sebab rakyat buat dosa kepada Allah. Memang betul. Soalnya siapa yang buat dosa besar? Tumpat banjir, ini kawasan Parlimen PAS sejak 1990 lagi. Siapa buat dosa kalau bukan PAS? Dosa fitnah itu kan dosa besar, jadi Allah murka. Masihkah Nik Aziz tidak sedar kemurkaan Allah kepada PAS?
5. Perlombongan pasir terbesar kini berlaku di Kelantan hingga menyebabkan sungai menjadi tercemar. Sebagai contoh di pusat beli belah Tesco dan Bandar Tanah Merah 2.
6. Dua pusat pengajian pondok terbakar. Apakah maksud dan mesej yang Allah berikan?
7. Pembinaan sarang burung layang-layang atau burung walit di tengah-tengah bandar di Kelantan. Bangunan diubahsuai atau bangunan baru didirikan di kawasan perumahan telah menimbulkan ketidakselesaan rakyat dengan bunyi bising perakam.
8. Kadar parking kereta antara yang termahal di Malaysia serta ketinggalan zaman apabila masih menggunakan duit syiling untuk dimasukkan ke dalam meter bacaan. Perlu ingat, duit syiling bukanlah suatu perkara mudah untuk dapatkannya. Apakah ini satu strategi kerajaan PAS mengutip hasil melalui saman parking
9. Masalah sosial meningkat, dengan pertambahan remaja mengambil pil kuda dan dadah yang semakin serius
10. Pernikahan kanak-kanak berusia 1o dan 11 tahun yang hanya berlaku pada awal abad 20 kini berlaku semula di Kelantan. Walaupun pernikahan itu sah, tetapi fikirkan untuk 20 tahun akan datang. Apa akan jadi kepada kanak-kanak itu? Semuanya di bawah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment