Friday, February 11, 2011

LAGI SATU.....

Dalam pakatan rakyat ramai jugak kaki cakap lebih tapi otak kurang. Dari bekas CEO sampailah kepada yang dok seronok di gelar murshid. Cuma pandai cakap kosong dan fitnah sahaja tapi bila di ajak berdebat pula belit sana belit sini .

 

Nik Aziz bertukar nada

KOTA BHARU 8 Feb. – Selepas bersetuju untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, hari ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar nadanya dengan menegaskan persetujuan tersebut hanya ditujukan kepada pihak berkuasa sahaja.
Beliau berkata, ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sendiri dengan menimbulkan isu perdebatan beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Cerita berdebat dengan Majlis Fatwa (Kebangsaan), saya pun tak tahu dari mana punca keluar macam ini. Boleh jadi orang nak tumpang semangkuk naik nama dia tetapi dari saya sendiri langsung tidak timbul bahawa saya akan berdebat dengan majlis itu.
“Saya kata kalau siapa nak berdebat mengenai masalah, tak apa saya boleh tetapi syarat dengan orang yang ada kuasa bukan orang yang sekadar nak tahu pengetahuan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu juga bersedia berdialog dengan pihak yang berkaitan termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.
Kelmarin, pada sidang akhbar di Tumpat, beliau meletakkan syarat supaya debat tersebut diadakan secara terbuka bagi memastikan ia tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Kenyataan yang dibuat selepas kuliah mingguannya itu dilaporkan oleh hampir semua akhbar utama termasuk Utusan Malaysia dan tiada sebarang bantahan dibuat oleh Nik Abdul Aziz atau pegawainya sehingga ia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Isu berkenaan timbul apabila Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan pemimpin Pas itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui berkata, sayap Pas itu tiada masalah sekiranya Nik Abdul Aziz mahu berdebat bagi mencari kebenaran.
“Terpulang kepadanya sebab beliau mula cetuskan dan beliau mahu pertahankan kebenaran apa yang disebutkan dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
“Dari segi mencari kebenaran dan mengelakkan kekeliruan, tak jadi masalah, kalau debat boleh selesaikan masalah,” katanya.

2 comments:

  1. KEJAP DEBAT, KEJAP DIALOG, KEJAP MUZAKARAH, KEJAP NI KEJAP TU ... OOOO LIDAH BEWOK SUNGGOH!

    ReplyDelete
  2. GWM..
    tok guru hj Lah kata nik aziz ni dah tak boleh buat kira bicara apa dah...dah tak boleh diselamatkan lg...

    ReplyDelete