Friday, February 11, 2011

"OPS NIK AZIZ NIK MAT PULAK..."

Dulu puak-puak PAS ni teriak rata ceruk kata macam-macam kat kerajaan dari OPS PIRAMID dilancarkan sampailah OPS PIRAMID mendapat pujian insan-insan yang bersyukur. Sekarang budak-budak OPS PIRAMID tu dah pun selamat dan nak balik semula ke MESIR sekiranya keadaan semakin mengizinkan, apakata..APANAMA...NIK AZIZ, MAHFUDZ buat pengumuman PAS akan biayai tiket perjalanan balik pelajar-pelajar tersebut ke MESIR!!!! Tak apa kita bagi kredit kepada PAS kali ini kita namakan misi kali ini  
OPS NIK AZIZ NIK MAT !!!

Dengan bantuan roket DAP




Rayu kerajaan timbang taja separuh harga tiket kembali ke Mesir

10/02/2011 7:32pm

SEPANG - Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.
Seorang penjawat awam Husin Ibrahim, 55, berkata, tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak mereka kembali ke Mesir.
"Mungkin hanya lima peratus sahaja yang berkemampuan untuk membelikan tiket untuk anak, walaupun orang lazimnya berkata kalau yang belajar di luar negara, ibu bapanya mesti hidup senang.
"Tetapi kebanyakannya susah. Seelok-eloknya, kerajaan paling tidak bantu bayar separuh daripada harga tiket itu kerana harganya agak mahal,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan anaknya, Mohd. Abdul Azim hari ini.
Mohd Abdul Azim, 20, pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi Islam Universiti Al-Azhar, merupakan antara 567 pelajar dan rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air menerusi Ops Piramid dengan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines. - Bernama

2 comments:

  1. Insya Allah kerjaan tidaklah sebaghal juak2 yang tak bertanggungjawab dan opportunis to..Hal itu sudah dalam agenda mereka terlebih dahulu sebelum bertindak..

    Semoga ibubapa yang menyokong dan talibarut tu sedar sebelum menerima nasib serupa saperti di Pulau Mutiara yang akan berubah menjd trumbu ternakan kerang busuk...

    ReplyDelete
  2. sgray...
    kita harap setiap yang berlaku tu dpt mnyedarkan puak-puak PAS ni...Krisis Mesir satu petunjuk dr ALLAH kepada puak-puak PAS bahawa siapa sebenarnya PAS yg mereka sokong selama ini...sanggup emmperjudikan nyawa pelajar2 Malaysia utk kptgn politik mereka..

    ReplyDelete