My Balik Pulau: 3 lagi NGO, seorang individu buat laporan polis
16/02/2011 12:50pm
BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Sebanyak tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.
Mereka terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Belia 4B Permatang Pauh serta seorang individu bernama Johari Ahmad.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Bukit Mertajam kira-kira pukul 10.30 pagi ini. - Utusan
Isu My Balik Pulau: NGO serah dokumen bukti pembabitan
16/02/2011 2:34pm
PULAU PINANG 16 Feb. – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan dokumen didakwa bukti pembabitan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam penerbitan risalah My Balik Pulau kepada polis.
NGO itu, Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia menyerahkan dokumen tersebut ke ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang kira-kira 1 petang tadi. – Utusan
No comments:
Post a Comment