Monday, February 14, 2011

PELIK DAN AJAIB.....UMNO KENA BAYAR GANTI RUGI !!!!

Inilah PAS....tiada lagi roh Islam...Islam akan dilacurkan dan sanggup dicampakkan ke dalam longkang asalkan DAP sanggup berkawan dengan mereka.  Apalah lagi yang diharapkan oleh penyokong-penyokong PAS terhadap parti ini......

 

Hari Valentine: Pemuda PAS teruskan Ekspedisi Dakwah esok

February 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Feb — Dewan Pemuda PAS tetap dengan pendiriannya mahu meneruskan kempen Ekspedisi Dakwah dengan memberikan tumpuan terhadap remaja Islam menjelang sambutan Hari Kekasih malam esok.
Kempen tersebut akan digerakkan di seluruh negara dengan Pemuda PAS setiap negeri akan menurunkan ahli-ahlinya untuk memberi penerangan kepada remaja Islam yang berdua-duaan.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Sabki Yusof, ekspedisi itu akan bermula sebelah malam dan akan berterusan hingga tengah malam.
“Ini adalah agenda berterusan, kita bukan buat pada Hari Kekasih sahaja. Pada kempen ini, kita akan menemui pasangan remaja Islam dan memberikan penerangan mengenai halal dan haram menurut ajaran Islam.
“Kita bukan gunakan kekerasan... kita bukan badan penguatkuasaan dan kita tidak cuba untuk jadi polis moral. Kami hanya mahu berdakwah kepada remaja Islam,,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat di sini.
Beliau berkata beberapa lokasi telah dikenalpasti di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur yang memberikan tumpuan di Tasik Titiwangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.
“Setiap negeri ada lokasi-lokasinya dan kita telah minta Dewan Pemuda PAS negeri untuk menjayakan usaha ini.


Hari Kekasih: Pemuda DAP bantah idea Nasrudin

February 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih, Isnin ini.
Ketuanya Anthony Loke (gambar) menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan “pemeriksaan tidak bermoral” terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.
“Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP.

Hari Kekasih: Syor Nasrudin pendirian peribadi bukannya PAS, kata Khalid

February 10, 2011
SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.
“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan.



BN dan UMNO pulak yang kena...!!!!!

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-dakwa-kontroversi-hari-kekasih-permainan-politik-bn/

DAP dakwa kontroversi Hari Kekasih permainan politik BN

February 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kontroversi sambutan Hari Kekasih baru-baru ini adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama negara ini.


Beliau berkata tindakan melabelkan ajaran Kristian sebagai “tradisi berdosa” adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.


“Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan satu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.


“Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing,” katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran PKR Cabang Tanjung hari ini.

No comments:

Post a Comment