Friday, February 11, 2011

APA...???TOK GURU NIK AZIZ SETUJU BERDEBAT ........

Nik Aziz, tok guru yang hebat, semua orang akui Nik Aziz tok guru yang hebat. Tok guru Nik Aziz mampu  mengeluarkan hujah yang hebat. Bertambah hebat lagi kalau Nik Aziz mengeluarkan fatwanya terutama fatwa tentang apa sahaja melibatkan UMNO!!!! tetapi tidak perlulah berdebat dengan Nik Aziz kerana....

Tok Guru Ayah Lah kata Nik Aziz penyesat - 

"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.



‘Debat dengan Nik Aziz hanya buang masa’
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Semua pihak tidak perlu membuang masa melayan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia tidak akan menghenti Mursyidul Am Pas itu daripada terus mengeluarkan fatwa politik yang mengelirukan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, disebabkan itu, debat yang mahu dijayakan oleh Nik Abdul Aziz tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan sebaliknya, ia akan bertukar menjadi pentas politik yang merugi umat Islam itu sendiri.
“Dia (Nik Abdul Aziz) telah berpegang kepada sesuatu sehingga tidak mahu menerima kenyataan (mengenai perjuangan UMNO). Jadi, kalau berdebat pun ia tidak membawa sebarang keuntungan.
“Saya tidak fikir kerenah Nik Abdul Aziz ini perlu dilayan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di sini hari ini.
Dr. Mahathir mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu bahawa beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Isu itu timbul apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak mengundi Pas ialah orang jahiliah.
Dalam pada itu, tambah Dr. Mahathir, daripada membuang masa melayan Menteri Besar Kelantan itu, semua pihak terutamanya Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya mempergiatkan usaha bagi menyedarkan rakyat mengenai fahaman Islam yang sebenar.
Katanya, semua pihak perlu bergandingan bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa Pas dan Nik Abdul Aziz hanya memperalatkan Islam sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
“Kita tidak payah kata dia tidak betul tapi kita perlu menggunakan peluang yang ada untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai Islam yang sebenar dan siapa sebenarnya yang memperalatkan Islam,” katanya.

2 comments:

  1. Tak payah di layan. Anggap sahaja cakap dia itu cakap orang bukan Islam yang sentiasa menuduh Islam tidak betul. Cakap apa pun dia kata dia yang betul. Pedulikan dia. Pandai agama apa kalau dia sendiri melakukan sembahyang dua imam di Johor baru baru ini.

    agbr47: Selagi dia mengkafirkan atuk atuk aku, mak bapak aku dan aku, aku tetap tak anggap dia pendakwah Islam apa tah lagi bertaraf ulamak. Dialah jahiliah.

    ReplyDelete
  2. UMA n agbr47....
    drpd dengar fatwa nik aziz baik dengar fatwa lee Kuan Yew!!!!

    ReplyDelete