Tuesday, February 8, 2011

BABIPUN CAKAP LEBIH....OTAK KURANG!!!!!

Sakit hati bila terus mendengar si bodoh terus bercakap menggunakan kepala lutut.. Begitulah ramainya si bodoh di dalam PR...bercakap sesuka hati sehingga menjejaskan kredibiliti kerajaan...lebih malang lagi menteri berkaitan terus menggaru telurnya.....asyik barangkali!!!!!



'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
http://malaysiakini.com/news/155401
Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.







Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pembinaan kapal peronda berkenaan akan memberi anjakan ekonomi berikutan ia dapat memberi faedah kepada 632 syarikat vendor yang merupakan rakan strategik Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dalam menjayakan projek tersebut.

"Justeru itu kita akan pastikan sekurang-kurangnya RM2 bilion daripada peruntukan tersebut dapat dinikmati manfaatnya oleh 632 buah syarikat tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat industri bagi projek berkenaan di Lumut hari ini.

Katanya beliau sendiri akan memantau projek berkenaan dan memastikan semua pihak mendapat manfaat serta tidak timbul masalah kelewatan pembayaran kepada pihak vendor.

Beliau berkata BNS Sdn Bhd telah membuktikan bahawa syarikat itu kini setanding dengan syarikat lain di dunia apabila sebelum ini menempa kejayaan membekalkan beberapa buah kapal peronda generasi baru untuk kegunaan armada TLDM.

Pada 28 Dis lepas, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.

Beliau berkata penambahan enam buah kapal peronda itu akan mengurangkan kekangan aset yang dihadapi TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan mensasarkan kawasan persisiran pantai Lumut-Bagan Datoh di sini akan menjadi limbungan pembinaan kapal bertaraf dunia dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.

Katanya industri pertahanan termasuk industri perkapalan amat berpotensi di rantau Asean dan menjana pendapatan sebanyak US$25 bilion setahun.

"Jika kita berjaya menarik sekurang-kurangnya 20 peratus daripada perbelanjaan pertahanan ke dalam negara, sebanyak US$5 bilion atau RM15 bilion dapat dijana dan dinikmati oleh syarikat di negara ini," katanya.

Katanya kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi menarik sebanyak mungkin projek berasaskan industri pertahanan termasuk pembinaan kapal ke Malaysia.

- Bernama

Gerembolan kononnya "bijak pandai" pakatan begitu teruja apabila melihat perbandingan dan sanggahan yang dibuat oleh Tony Pua ultra kiasu chauvanist rasis DAP mengenai perolehan 6 buah kapal yang di umumkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Pertahanan baru baru ini.


Perbandingan yang dibuat oleh Tony Pua dengan beberapa jenis kelas kapal ternyata beliau sendiri cuma hentam kromo dan cuba membangkitkan kononnya perolehan kapal tersebut punyai unsur rasuah.




Inilah satu lagi sifat bodoh sombong juak juak aparat pakatan yang dipertontonkan kepada rakyat.Mereka hanya bercakap bersandarkan fakta yang dikutip dari internet tanpa meneliti secara lebih mendalam.

Petikan dari blog Military Of Malaysia.



2. Sejak pameran aero angkasa dan maritim LIMA yang terbaru, saya sudah terhidu hasrat TLDM ini dan yakin ia akan menjadi kenyataan sebagai sebuah kapal perang buatan Malaysia jika kita kutip kata-kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa “Kita sudah menguasai sepenuhnya teknologi bagi membina sebuah kapal perang yang canggih”.
3. Kata-kata ini ada kebenarannya kerana Malaysia melalui PSC sudah membeli “blueprint” kapal perang Meko 100 dari German dan mendapat segala kepakaran dan perpindahan teknologi yang diperlukan dengan harga yang sangat mahal tetapi sangat berbaloi.
4. Untuk 6 buah kapal New Generation Patrol Vessel (NGPV) yang bakal di bina ini, saya difahamkan ia akan mempunyai sistem persenjataan yang serba canggih seperti sistem misil Exocet untuk tujuan anti perkapalan dan misil RAM untuk anti pesawat atau point defence.
5. Rekabentuk kapal yang baru ini akan mengalami sedikit perubahan berbanding 6 kapal MEKO A-100 yang sedang berkhidmat dengan TLDM sekarang ini iaitu KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Kelantan, KD Selangor dan KD Terengganu.
6. Untuk pengetahuan pembaca, kapal dari kelas MEKO A-100 sekarang ini ini tidak mempunyai serombong asap.

7. Gas panas dikeluarkan dari tepi badan kapal menggunakan satu corong khas dan haba yang terbentuk disejuk dengan menggunakan air yang dipam masuk.
8. Sistem ini akan menyebabkan sistem infra red peluru berpandu atau sistem pengesanan musuh sukar mencari dan memusnahkan kapal ini dan tambahan pula beberapa ciri rekabentuk “Stealth” dimasukkan sekali dalam rekabentuk kapal ini.
9. Untuk pembinaan 6 buah kapal NGPV kumpulan kedua kapal ini, sistem ini terpaksa direkabentuk semula kerana anak-anak kapal mengadu bahawa asap dari sistem pembakaran enjin yang dikeluarkan melalui tepi badan kapal ini telah memasuki kabin mereka dan menimbulkan keadaan yang sangat tidak selesa.
10.Seperkara lagi, Zahid ada memberitahu bahawa kapal ini akan dibina untuk peperangan tiga dimensi iaitu udara, permukaan dan bawah permukaan tetapi ada sumber yang menyebut bahawa 6 kapal yang akan dibina nanti akan dioptimunkan untuk peperangan anti kapal selam atau Anti Submarine Warfare (ASW).
11.Yang nyata, 6 kapal yang bakal dibina nanti tidak akan menggunakan konsep “fitted for but not with” atau dalam bahasa Melayunya, dibina untuk “dipasang senjata canggih tetapi senjatanya belum dipasang”.
12.Ia akan dilengkapi terus dengan teknologi senjata terkini dan saya amat yakin, senjata yang sama akan juga dipasang pada 6 kapal MEKO A-100 yang sudah siap sebelum ini.
13.Dahulu konsep “fitted for but not with” ini diadakan bukan kerana pemerintah tidak mempunyai wang untuk membeli senjata tetapi ia lebih kepada isu diplomatik kerana Malaysia tidak mahu dilihat sebagai memulakan perlumbaan senjata.

MEKO A-100 SEBAGAI MOTOR PENGGERAK INDUSTRI KAPAL MALAYSIA
27.Kontrak 6 buah kapal asal yang sudah dibina mencecah RM5.6 bilion jika tidak silap saya dan harga ini termasuklah pembelian “bluprint” asal kapal itu dari German (macam beli hakcipta).
28.Harga ini samalah dengan nilai untuk membeli 18 pesawat Sukhoi atau 4 pesawat AWACS.
29.Kebanyakkan kita rakyat Malaysia terutama segelintir tokoh pembangkang macam dari DAP suka berlagak pandai dan melihat pembelian senjata dengan menggunakan pengalaman sendiri seperti seolah-olah pembelian sesuatu sistem pertahanan itu macam membeli kereta.
30.Satu lagi, kita suka sangat menggunakan maklumat dari internet dan membanding kontrak dari negara lain dengan Malaysia yang sebenarnya keperluan dari sebuah negara kepada sebuah negara yang lain sangat berbeza macam langit dengan bumi walaupun secara kasarnya ia kelihatan sama macam pembelian helikopter EC275 oleh Brazil dengan Malaysia (sila lihat artikel pasal EC275 saya yang lama).
31.Setiap projek pertahanan negara yang ditandatangani hari ini sebenarnya mempunyai kepentingan yang sangat strategik dan kesannya hanya boleh dilihat 20-30 tahun yang mendatang.
32.Sebagai contoh, Singapura sanggup menghabiskan berbilion dollar untuk membeli senjata dan mengimport teknologi pada awal 70an dan 80an dahulu, walaupun mendapat kritikan rakyat tetapi pada hari ini kritikan tersebut lenyap apabila Singapura berjaya membangunkan industri pertahanan dan mengeskport senjatanya kepada dunia luar.
33.Pelaburan yang sangat besar macam projek MEKO A-100 ini bukan murah kerana untuk mendapat ilmu membina kapal dan menintergrasikan segala sistem komunikasi, pertukaran data dan senjata untuk sebuah kapal perang bukan sesuatu yang mudah dan kapal friget KD Jebat dahulu pernah mengalami masalah ini semasa ia sedang disiapkan di United Kingdom.
34.Lagi pun industri pembinaan kapal di Malaysia merupakan satu usaha yang sudah bermula sejak ratusan tahun dahulu dan pengetahuan membuat kapal di kalangan syarikat-syarikat tempatan sudah pun matang dan ada syarikat bumiputera yang telah membina kapal untuk kegunaan Republik Islam Iran.
35.Industri perkapalan di Malaysia merupakan satu langkah jangka panjang yang sangat strategik kepada negara berbanding pembuatan pesawat tentera yang memerlukan kos tinggi, tenaga mahir dan pelbagai risiko yang perlu dihadapi negara.
39.Pilihan terbaik untuk Malaysia ialah untuk membangunkan industri perkapalan dan hasrat untuk melengkapkan TLDM dengan 27 kapal perang NGPV menjanjikan syarikat tempatan seperti Boustead Holdings Bhd untuk terus hidup dengan projek itu sehingga 20 tahun lagi.
40.Anak-anak tempatan akan terus mendapat pekerjaan dan pembinaan NGPV akan mengembangkan lagi keupayaan industri tempatan yang setakat ini sudah melibatkan 2,000 vendor yang terbabit dalam membekalkan pelbagai keperluan untuk projek itu seperti besi, pembekalan dapur, cat, sistem penghawa dingin, perabot dan pelbagai lagi.
41.Malaysia sebenarnya mempelajari kejayaan Korea dan Jepun. Negara kuasa besar seperti China juga belajar dari kejayaan industri perkapalan Korea dan Jepun dan kita lihat China sanggup membuat pelaburan yang gergasi nilainya dalam US dollar untuk membeli kapal pesawat induk yang tersadai dari Russia sebagai pelaburan jangka panjang untuk industri kapalnya.
42.Tidak mustahil projek “tidak masuk akal” China ini akan membuahkan hasil di mana republik itu akan mampu menjual kapal induk pesawat dengan harga yang murah berbanding apa yang dibuat oleh Eropah.
43.Negara pengeluar kapal induk pesawat helikopter dan jet pada hari ini adalah AS, British, Peranchis, Russia, Itali dan Korea.
44.Hanya Itali sahaja yang berjaya menjual pesawat induk kepada negara luar sedangkan negara lain membuat kapal induk untuk kegunaan sendiri.
45.Projek sehingga sebanyak 27 kapal perang NGPV boleh diibaratkan seperti “Mega Projek”, ia perlu ada kerana ia akan menggerakkan pelbagai industri dan ia akan menjadi katalis kepada perkembangan industri perkapalan samada komersil atau tentera di Malaysia dan Asia Tenggara.
46.Jika Malaysia membangunkan pesawat jet tempur pada masa sekarang, ia sukar mendapat peluang di pasaran dunia antarabangsa dan TUDM juga tidak memerlukan beratus-ratus pesawat tempur kerana kita bukan kuasa tentera yang besar.
47.Tambahan pula, kebanyakkan negara di dunia ini lebih selesa untuk kekal dengan pembekal pesawat tradisi masing-masing seperti UK, AS dan Russia.
48.Ini sangat berbeza dengan kapal perang kerana keperluan untuk friget, kapal peronda kecil dan pelbagai jenis kapal lain sentiasa ada.


Kita bukan saja membina kapal kelas Meko A-100 tetapi turut dikhabarkan 6 unit SGPV perolehan aset terbaru yang diumumkan baru baru ini ini adalah dari kelas Corvette DCNS GOWIND yang mempunyai teknologi stealth.


Inilah kapal kelas Corvette GOWIND yang dikatakan akan dibina oleh pihak Bousted.Ternyata perbandingan yang diberikan oleh Tony Pua meremehkan minda rakyat kerana kelas kapal berserta harga perbandingan yang dibuat seolah olah mempertikaikan membeli sebuah sampan dengan harga sebuah kapal .



The Gowind Class Corvette
Gowind is designed to deploy Unmanned Surface Vehicles (USVs) and Underwater Unmanned Vehicles (UUVs), though it lacks the full mission module system in Denmark’s Standard Flex 300 corvettes or the USA’s Littoral Combat ships. An aft deck has been provided allowing for up to 10-ton class helicopters, or even Unmanned Aerial Vehicle (UAV) launch. The weapon system builds around a Setis combat system with a multi-functional radar, and 16 vertical-launch cells that can hold Aster 15, Mica-VL, or Crotale-VT1 anti-air missiles. It can also be armed with 8 MM40 Exocet or Harpoon anti-ship missiles, and carries a naval gun.
Gowind corvettes are shaped for stealth. Its single central mast that replaces several sensor masts in other ships, and provides both improved signature and a 360-degree view for radars and other sensors. The ship’s propulsion system is based on Combined Diesel and Diesel (CODAD) but has no gas exhaust chimney, channeling exhaust into the water-jets in order to create maneuverability in shallow waters, high-speed performance, improved infrared signature, and improved visibility for its top-mounted sensors.
The ships come in several sizes. Gowind-200 ships are distinguished from the Gowind-120 and -170 ships by their larger size, which allows them to carry a suite of anti-submarine warfare equipment in addition to their other armament.




Tony Pua dan gerembolan haprak pakatan bercakap seolah olah mereka adalah pakar senjata.Harus diingat setiap kali perolehan senjata dan aset tentera pasti Tony Pua akan cuba menghentam kerajaan.Ini bertujuan agar maklumat rahsia perolehan aset tentera dapat didedahkan sekurang kurangnya Tuan besar dari selatan dapat mengetahui rahsia sulit kerajaan.

No comments:

Post a Comment