Kebanyakan rakyat Malaysia suka menggunakan lebuh raya untuk kemana-mana kerana selamat dan lancar..kecuali musim perayaan!!!!Memanglah leceh naik lebuh raya ni sebab nak kena bayar tol. Tol pulak lebih mahal dari minyak pulak tu. Sebab itulah banyak pihak seperti pembangkang yang berdemonstrasi minta tol di hapuskan malah ada yang mahu lebuh raya dikerajaankan. Di samping pemandangan yang cantik, macam-macam kemudahan disediakan dan semuanya hampir bertaraf 5 bintang..yang paling penting tandas lebuh raya memang kelas..boleh tidur. Terbayang masa sebelum ada lebuh raya..bila bas ekspress singgah kat mana-mana perhentian...bila nak buang air je...rasa tension gila dengan keadaan tandas!!!Tetapi nak buat macam mana..hajat tetap terpaksa dilampiaskan!!!! dan bayangkanlah....sekiranya lebuhraya dikerajaankan...semua pekerja dah jadi kakitangan awam...pakat-pakat naik lemak...bila dah kerja kerajaan ni susah nak dibuang...mahukah kita jika kemudahan lebuh raya tiba-tiba bertukar jadi semacam je...tetap akan terjadi....gerenti !!!!