Wednesday, January 12, 2011

ZULKIFLI NOORDIN MENGKELDAIKAN AHLI PARLIMEN UMNO

Inilah kualiti yang perlu ada pada setiap Ahli Parlimen UMNO, cekap, pintar dan tangkas menyerang Pakatan Rakyat.  Ahli Parlimen BN dari parti komponen memang tak boleh harap kerana kalau isu melibatkan kaum Cina dan India laju je di komen dan dihentam supaya tindakan di ambil dalam masa 1 minit!!! Tetapi bila isu melibatkan isu-isu macam ni, isu-isu orang Melayu dan Islam pakat-pakat buat bodo je...sebab siapa jadi PM..mereka tetap boleh  "masuk"!!!



Ahli Parlimen UMNO yang dok ada pula sekadar boleh buat perhiasan atau nasi tambah, pakat-pakat tengok je apabila ada isu-isu yang boleh digunakan untuk menyerang PR terutama isu-isu ANWAR Ibrahim yang terhidang di depan mata...tak berani!!!

Kalau adapun sekadar pakat-pakat jadi tukang tepuk meja, kesimpulannya kualiti IQ ahli parlimen UMNO yang ada lebih kurang sama dengan IQ Ketua Eksekutif Setor lapangan terbang je!!! Ada yang cerdik sikit sebab otak duduk kat kepala lutut, suruh rakyat tanam sayur sendiri..nasib baik tak suruh rakyat 'tanam minyak' sendiri!!!!


Walaupun Zulkifli Noordin ni dulu pun pernah jadi keldai ANWAR IBRAHIM tapi sekarang ni dah ada kesedaran sejak pemikiran dia bebas dari Anwar Ibrahim. Dulu ANWAR Ibrahim duduk kat atas tengkuk Zulkifli Noordin, dekat dengan otak Zulkifli sebab tu Zulkifli hilang keupayaan berfikir biarpun ada bukti-bukti ANWAR sudah tak betul!!!!
ZULKIFLI NOORDIN SENDIRI KATA:

"Wan Azizah teman tak tahulah samada dia sendiri terkedu atau terkejut. Yang teman tahu, Wan Azizah memang cukup tahu banyak rahsia Anwar. Teman takde lah nak dedahkan apa yang pernah Wan Azizah cerita kat teman. Tapi teman heran Wan Azizah boleh mengaku Anwar anugerah tuhan. Samada Wan Azizah main baca teks sahaja ke, atau tengah mengigau, atau terperangkap dengan teks itu, atau memang Wan Azizah sendiri memang percaya, wallahua'lam. Cuma bila mengingatkan apa yang Wan Azizah pernah cerita dan cakap sendiri teman boleh senyum sumbin je lah yop!"http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/mastar-al-putari.html

Syukurlah Zulkifli Noordin sekarang ni dah sedar dan yang paling best dia pulak melebih-lebih dok 'hantam' sama Anwar. Tapi minta tolonglah ZULKIFLI NOORDIN...janganlah sampai Ahli Parlimen UMNO nampak macam bodoh sangat!!!Kesianlah sama kat depa!!!!Depa u bukannya tau apapun!!!!Dekat PRU 13 nanti baru pakat-pakat nak sedar!!!!

 

Sapina Karpal sebagai saksi-ZULKIFLI NOORDIN

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya peguam bela Anwar, Karpal Singh (gambar) disapina sebagai saksi Pendakwaraya kes itu.


Cadangan supaya Karpal disapina itu dikemukakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menerusi entri bertajuk Hello, are you Mr. Poo-Singh? dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini.
Zulkifli berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997.
Selain itu, katanya, Karpal yang juga Pengerusi DAP boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.
“Jika Karpal menyatakan beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi peguam membela Anwar?
“Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua’lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!,” katanya.
Zulkifli yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat pertamanya menjelaskan, Karpal ‘wajib’ disapina sebagai saksi pendakwa raya dalam kes liwat kedua Anwar kini kerana beliau mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti liwat Anwar dalam kes pertamanya dengan bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.
Menurutnya, ini kerana Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 memperuntukkan seseorang peguam (Karpal) agar tidak mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu Anwar sekiranya peguam itu mempunyai sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material.
“Maka Karpal tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar dalam kes liwat terhadap kakitangannya, Saiful Bukhari Azlan,” tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Zulkifli menyeru kepimpinan Pas supaya menyedari bahawa kerjasama pakatan pembangkang terutama antara DAP dan PKR merupakan satu ‘Pakatan Syaitan’.
“Sesuai dengan sabda Rasullulah SAW, ‘addenul nasihah’, maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama, ilmuwan, kepimpinan dan ahli akar umbi Pas, (supaya) mufaraqahlah daripada ‘Pakatan Syaitan’ ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, peranan Karpal sebagai peguam bela Anwar dalam kes liwat kedua ini diragui kerana selain mengetahui maklumat mengenai kes pertama Anwar, Karpal juga merupakan pemimpin DAP yang jelas menentang pelaksanaan negara Islam seperti dicita-citakan Pas.
“Dengan maklumat yang begini punya jelas, tidakkah mereka (Pas) menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. ‘Pakatan Syaitan’ yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini.
“Tidakkah mereka sedar inilah orang sama yang mengisytiharkan ‘kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body!. Dan yang lebih menyedihkan, bagaimana boleh ada pemimpin Pas yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!” katanya.

No comments:

Post a Comment