Friday, January 28, 2011

MAAF!!!!PAS BUKAN PARTI AJARAN SESAT!!!!!

Tiada apa lagi yang boleh dikatakan kepada PAS kecuali inilah PARTI AJARAN SESAT LAGI MENYESATKAN!!!!

 

Penulis buku mengenai Memali buat laporan polis

28/01/2011 9:04pm

BALING 28 Jan. – Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan Pas Kedah berikutan bukunya itu dikatakan telah mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.
Zainon Ismail, 54, yang menulis buku “Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali” membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira 3.30 petang tadi.
Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siong di sini.
Zainon membuat laporan bahawa Lujnah Keselamatan Pas Kedah telah mengizinkan anggotanya mengambil tindakan kekerasan terhadap dirinya berikutan terbitnya buku tersebut.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan daripada penulis berkenaan. – Bernama

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_47.htm

No comments:

Post a Comment