Sunday, January 16, 2011

WOI ANWAR BANGSAT!!!!!!TAK PERLU DEBAT....TAK PERLU TUNGGU 100 HARI...NAH RM41j UNTUK ORANG KAPIT!!!!!!!

Datuk Seri....kalaulah di seluruh negara Datuk Seri dapat buat rakyat rasa gembira macam ni....

InsyaAllah PRU13 Datuk Seri akan menang besar lebih besar dari kemenangan Pak Lah dalam PRU11....
Inilah kehendak rakyat Malaysia yang rata-ratanya masih bergelumang dengan kemiskinan. Walaupun RM10 ringgit sahaja yang rakyat rasa tetapi terus masuk poket mereka adalah sangat bermakna, apatah lagi sebuah rumah tempat berlindung!!!!

 

 

Baki hutang rumah RM41 juta dibatal


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, malam tadi. Turut kelihatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. - BERNAMA


KAPIT 15 Jan. - Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini membawa berita gembira kepada penduduk kawasan Sungai Asap apabila beliau menyatakan persetujuan kerajaan secara prinsipnya untuk menghapuskan baki hutang perumahan berjumlah RM41 juta yang ditanggung oleh mereka.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira penduduk terbabit berpindah ke kawasan penempatan berkenaan di atas kehendak kerajaan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.
Katanya, satu kaedah penyelesaian akan dicari kerajaan bagi menyelesaikan hutang itu yang kini berjumlah RM41 juta selepas kerajaan negeri memberi diskaun RM41 juta sebelum ini.
"Penghuni rumah panjang ini mempunyai asas yang kukuh untuk dibantu kerana mereka dipindahkan atas kehendak kerajaan dan mereka juga belum mendapat limpahan pendapatan yang sepatutnya kerana projek ini pernah tergendala.
"Pada prinsipnya kita akan batalkan pembayaran RM41 juta yang masih tertangguh, kita anggap ia sebagai satu pertimbangan khas bagi keadaan luar biasa," katanya sewaktu berucap pada majlis mesra rakyat di Rumah Panjang Uma Belor, Sungai Asap, di sini hari ini.
Sebanyak 1,693 keluarga suku Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit dan Penan menetap di tiga skim penempatan semula Sungai Asap.
Setiap keluarga terlibat telah dibayar pampasan untuk tanah, rumah dan tanaman yang terjejas kerana pembinaan projek Empangan Hidroelektrik Bakun serta mendapat lot pertanian seluas 1.2 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Setiap rumah baru yang diberikan kepada mereka bernilai RM50,000 sebelum dikurangkan oleh kerajaan negeri menjadi RM25,000 seunit.
Mengenai rungutan penduduk bahawa tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk diusahakan, Perdana Menteri berkata, beliau akan mencari jalan bagi membolehkan keluasan tanah itu ditambah.
Katanya, beliau sedar tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk memberikan pendapatan melepasi garis kemiskinan.
"Mengenai bekalan elektrik ke kawasan ini pula, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan projek sambungan bekalan yang menelan belanja RM22 juta," katanya.
Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, isu penjualan Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak masih di peringkat rundingan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti.
Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu menyatakan hasrat untuk membeli empangan berkenaan pada harga RM6 bilion dan bersedia meningkatkan bidaan kepada RM7 bilion bergantung kepada kaedah pembayaran.
Kos keseluruhan empangan itu adalah RM7.3 bilion tetapi ia telah melebihi kadar tersebut berikutan beberapa masalah yang berlaku ketika pembinaannya.
Dalam pada itu, Najib menjelaskan beliau tidak dapat menghadiri taklimat di Empangan Hidroelektrik Bakun pada pagi ini kerana keadaan cuaca buruk tidak mengizinkan helikopter yang dinaiki beliau melakukan pendaratan.

2 comments: