tetapi malang buat DAP apabila suami mendiang, Cheng Yin Chet dan keluarga mendiang redha dengan kematian mendiang!!!
Nasib baik SPRM...kalaulah SPRM ada tersebut nama Chin Swee Len sebelum-sebelum ni...tak dapat nak di bayangkan apa akan jadi negara ini di huru-harakan oleh DAP sebab SPRM bunuh seorang lagi Cina..!!!!!
Kematian pramugari bukan bunuh diri
RASAH 22 Jan. - Tanda tanya kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 34, di Radisson Hotel, Amsterdam, akhirnya terjawab setelah suami mendiang tampil membuat kenyataan hari ini.Cheng Yin Chet, 39, memberitahu, punca kematian isterinya pada 12 Januari lalu adalah akibat kemalangan dan bukannya dibunuh atau membunuh diri.
Beliau menjelaskan, hasil bedah siasat mendapati Swee Len meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada badan selepas terjatuh dari tempat tinggi.
"Saya juga bersama beberapa anggota polis di Amsterdam telah memeriksa bilik hotel isteri saya dan mendapati biliknya tidak berselerak selain tiada barangan berharga hilang.
"Malahan bedah siasat yang dilakukan oleh pihak hospital juga mengesahkan bahawa isteri saya meninggal dunia akibat terjatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah," katanya di rumah keluarganya di Seremban 2, di sini hari ini.
Ditanya andaian mengatakan Swee Len membunuh diri, Yin Chet menjelaskan, tiada sebab untuk isterinya berbuat demikian dan hubungan mereka sebelum ini adalah sangat baik.
Menurutnya, siasatan pihak polis negara itu mendapati Swee Len kemungkinan terjatuh dari tingkat lapan atau sembilan hotel berkenaan dan bukannya dari bilik penginapannya.
"Tingkap bilik isteri saya tinggal hanya boleh dibuka seluas beberapa inci sahaja dan mustahil seorang wanita dewasa boleh melaluinya.
"Berdasarkan laporan pihak polis, kemungkinan isteri saya terjatuh kerana di situ ada pelantar untuk melihat keadaan sekeliling.
"Saya berpendapat kemungkinan isteri saya pergi ke pelantar itu untuk bersiar-siar kerana dia suka melihat pemandangan di sesuatu tempat," ujarnya.
Tambahnya, isterinya sering mengadu penat dan pening kepala selepas terpaksa melalui tempoh penerbangan yang panjang dan mungkin itu menjadi penyebab dia kurang berhati-hati sehingga terjatuh.
"Saya sedih kerana Swee Len sebelum ini sangat gembira untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi dan dia sudah pun mengajak beberapa ahli keluarga untuk makan besar bersama.
"Swee Len juga merancang untuk membeli kelengkapan menyambut perayaan itu apabila dia pulang dari Amsterdam tetapi semua itu tidak kesampaian," katanya.
Ditanya perilaku isterinya, Yin Chet berkata, Swee Len seorang yang periang dan dia tidak pernah menyakiti hati sesiapa termasuk mempunyai musuh.
"Saya harap orang ramai dapat menerima kenyataan ini dan tidak membuat pelbagai spekulasi kerana saya sekeluarga pun sudah dapat menerima kehilangan Swee Len.
"Saya juga berharap selepas ini tiada lagi berita mengenai kejadian ini kerana kami semua sudah cukup bersedih dengan kehilangan Swee Len," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm
No comments:
Post a Comment