Thursday, January 13, 2011

TUNGGU REAKSI PUAK-PUAK CELAKA!!!!!

Akan ada puak-puak celaka yang akan mensensitifkan dan mensensasikan  isu ini  walaupun cuma seorang RM65k kerana menamatkan kemarau kejuaraan bolasepak negara sejak 2 dekad!!!

Apabila badminton suatu ketika menang Piala Thomas yang telah diidamkan sejak sekian lama, kerajaan anugerahkan penghargaan bernilai jutaan ringgit!!! puak-puak celaka tak bising sebab ramai yang dapat adalah kalangan mereka!!!

Pemain badminton dan skuash membawa pulang puluhan ribu ringgit seorang setiap kali menang SESUATU KEEJUARAAN!!!!!di anugerahakan gelaran Dato' pada usia muda...tiada siapapun yang riuh!!!!!!

Apabila kerajaan PR memberi cuti mengundi seluruh negeri...puak-puak celaka ni tak komen apa-apapun sedangkan yang nak mengundi cuma 1 DUN sahaja, bukannya 1 negeri...tetapi apabila kerajaan BN memberi cuti seluruh negara sempena kejayaan sukan no1 negara....terus puak-puak celaka ini akan mempertikaikan...

apatah lagi apabila hampir 30 orang yang terlibat dengan sukan nombor 1 negara ini diberi SEDIKIT imbuhan dan penghargaan...ramai pulak celaka-celaka yang akan bising...kita tunggu terutamanya reaksi pengarang akhbar-akhbar celaka!!!!!

memang dasar celaka.....

RM65,000 imbuhan setiap pemain

Oleh ZULKIFLI JALIL, HASHNAN ABDULLAH, FERZALFIE FAUZI dan NAZMIL NASIRUDDIN
sukan@utusan.com.my PUTRAJAYA - Kerajaan semalam menganugerahkan insentif RM65,000 kepada setiap pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 bulan lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif itu berupa unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang hanya boleh dikeluarkan selepas tempoh 10 tahun serta imbuhan wang tunai sebanyak RM10,000 daripada kerajaan.
Mereka juga turut menerima RM5,000 melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kerajaan juga bersetuju untuk menaja sepenuhnya pemain skuad kebangsaan yang terpilih menjalani latihan bersama kelab-kelab bola sepak ternama dari luar negara.
"Pada masa sama, Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain," katanya.
Beliau berucap pada majlis jamuan makan tengah hari bagi meraikan skuad kebangsaan itu di Seri Perdana, semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Skuad Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dengan menumpaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di Kuala Lumpur meskipun kalah 1-2 di Jakarta.
Najib berkata, kejayaan menjuarai kejohanan tersebut perlu dijadikan sebagai batu loncatan untuk skuad kebangsaan memburu kejayaan lebih yang tinggi lagi pada masa depan.
"Kita mengimpikan supaya Malaysia menjadi skuad bola sepak yang terkemuka di peringkat rantau Asia dan keduanya, layak pula ke Sukan Olimpik 2012 di London," katanya.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyatakan rasa bangga dengan semangat juang dan keazaman tinggi ditunjukkan oleh skuad kebangsaan, walaupun menghadapi tekanan hebat ketika berkunjung ke Stadium Gelora Bung Karno untuk pusingan kedua final kejohanan itu.
"Selain mempunyai kemahiran, tahap kecergasan yang tinggi dan taktikal, kita juga berbangga dengan daya juang dan semangat serta kekuatan mental yang ada pada para pemain.
"Cuba bayangkan tekanan yang dialami pemain apabila tiba di hotel dan kemudiannya diiringi oleh pasukan polis Indonesia ke stadium dengan menaiki kenderaan perisai yang dilengkapi submesingun," katanya.
Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai semangat sukan bola sepak yang tidak mengenal batas kaum kerana para pemain perlu patuh kepada arahan jurulatih, K. Rajagobal.
"Bila kita dapat arahan daripada jurulatih, kita tidak kira dia daripada kaum mana kerana kita kena ikut cakap dia.
"Kita perlu bersikap terbuka yang selaras dengan semangat 1Malaysia kerana ia bukan sekadar kejayaan biasa tetapi boleh mencetus rangsangan kuat kepada rakyat untuk terus berjuang bersama berdasarkan ikatan 1Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment