Thursday, January 6, 2011

MEREKA TAK AKAN MENGAKU DAN TAK PERNAH MENGAKU....

Mereka tak akan dan tak pernah mengaku.....
Hari ini Adun Komtar Ng Wei Aik yang rasis dan popular dengan perkataan " Tutup Kedai , Balik India " yang dilemparkan kepada tauke kedai nasi kandar Syed Kassali . Seperti dijangka , puak2 ultra kiasu ini seperti Ng Wei tak mengaku pulak sebut perkataan itu di Malaysiakini .
Tetapi Ng Wei lupa kenyataan Syed Kassali ini bahawa mereka mempunyai bukti rakaman kenyataan .

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami,"
Jadi, kepada KIMMA Penang serta pemilik kedai Syes Kassali bersiap sedia lah dengan bukti rakaman berkenaan

Fitnah Makanan Tahanan Macam Makanan Anjing
Tak Mengaku......????


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing.
Setelah pernyataan beliau dinafikan oleh berbagai pihak, Teresa membuat u turn 360'.
Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.
Sedangkan Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini.


Bila Kantoi......
Teresa Kok berkata "Okay, baiklah, Anda temui kesilapan saya dengan bantuan pita video dan segalanya, dan saya boleh menerima kritikan seumpama itu," katanya tetapi beliau tetap mengecam menteri dalam negeri dan Utusan Malaysia.

http://www.malaysiakini.com/news/90283

No comments:

Post a Comment