Friday, January 7, 2011

SEMALAM HERO DAP!!!!!!

Khalid Samad sudah melampau dengan membuat kenyataan seolah-olah dia merupakan Presiden Pakatan Rakyat. Dengan menyatakan PR tidak terjejas walaupun tindakan pemimpin Pas bertemu PM yang dilihat seperti membelakangi kesepakatan mereka. Tindakan Khalid  menyebabkan pemimpin tertinggi Pas dilihat semua sangat bodoh dan tidak reti sepak terajang politik.

Malah beliau juga seperti wakil jurucakap kepada DAP dan PKR bagi menuntut penjelasan daripada pemimpin Pas. Tindakan ini sangat biadap dan boleh menjejaskan maruah Nik Aziz dan Haji Hadi sebagai pemimpin tertinggi Pas.



Ahli Parlimen Shah Alam itu menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan kerjasama mereka tidak tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu.

Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata: “Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.”

“Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat,” katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal kerajaan perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli.

“Apa pun yang dibincangkan, sudah tiada perbincangan seperti itu dan tiada keinginan (ke arah itu),” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment