Monday, January 31, 2011

RAKYAT MESIR MERUSUH MINTA PAS DIHARAMKAN!!!!

PAS sudah tidak ada tidak ada modal lagi untuk mengumpulkan penyokongnya apatah lagi mangajak rakyat Malaysia untuk dijadikan lembu-lembu yang tidur di atas jalan. Ceramah politiknya pun sudah semakin hilang sengatnya, menyaksikan ceramah PAS tidak lagi menghairahkan untuk dikunjungi!!! 

Lantara itu PAS terpaksa menggunakan isu antarabangsa iaitu isu rakyat Mesir mendesak Presidennya, Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai usaha untuk mengumpul kembali lembu-lembu jalanan bagi tujuan demonstrasi . Apa kena mengenanya Hosni Mubarak dengan PAS sehingga sanggup untuk mengumpulkan rakyat Malaysia dijadikan lembu-lembu demonstrasi. PAS sepatutnya berdemonstrasi mendesak NIK AZIZ letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan kerana gagal mentadbir Kelantan serta turut terlibat dengan isu kroni sama seperti Hosni Mubarak!!!!




Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang pada Isnin gagal menyerahkan memorandum bantahan bagi mendesak Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Kumpulan berkenaan yang berkumpul di luar Kedutaan Besar Mesir di sini sejak pukul 11 pagi tadi dimaklumkan oleh wakil kedutaan itu bahawa pihak mereka enggan menerima memorandum berkenaan kira-kira 45 minit selepas itu.
Bagaimanapun memorandum berkenaan tetap diserahkan menerusi kotak surat kedutaan terbabit.
Wakil kumpulan tersebut, Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan gesaan berkenaan melalui himpunan rakyat yang akan diadakan pada Jumaat ini.
"Mungkin pihak Kedutaan Mesir tak nak terima sebab tidak ramai rakyat yang buat gesaan, tapi insyaAllah Jumaat ini kita akan himpunkan kira-kira 5,000 ke 10,000 rakyat bagi mengadakan demonstrasi,"katanya.
Perhimpunan itu akan bermula dari Masjid KLCC menuju Ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
Antara NGO dan parti politik yang terlibat dalam penyerahan memorandum berkenaan ialah Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sosialis Malaysuia (PSM).
Keadaan di Mesir bergolak sejak minggu hari lalu berikutan ribuan penunjuk perasaan menuntut Mubarak berundur.
Keadaan di Mesir dilaporkan semakin tegang selepas perintah berkurung diisytiharkan di beberapa bandar utama dan berikutan itu Wisma Putra mungkin membawa pulang lebih 11,000 pelajar Malaysia jika keadaan semakin buruk.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, bantahan besar-besaran yang bermula sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan hampir 100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera.

pinjam dari celah gelagar..
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/31/mstar_berita/20110131122451&sec=mstar_berita

2 comments:

  1. tajuk yang baik. saya setuju. he he he. padan PAS, tengok apa dia orang kata kat harakah daily online. baca disini http://www.harakahonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=3191#3191.

    ReplyDelete
  2. eekaa...
    terima kasih....DAH BACA..TAPI ORANG PAS ni telingan di buat2 pekak...selagi NIK AZIZ tak mati selagi itulah dia pekakkan telinga terhadap kebenaran!!!

    ReplyDelete