Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) berkata, sebagai warganegara yang sayangkan negaranya, beliau sedikitpun tidak gentar untuk berhadapan dengan cabaran Anwar dalam apa jua bentuk sekalipun.
Dalam pada itu beliau berkata, pendedahan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai perilaku liwat Anwar di Dewan Rakyat pada tahun 1997 adalah benar.
"Inilah perjalanan hidup 'putar alam' yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akhirnya menjadi pelacur politik. Semuanya angkara nafsu kegiatan liwat seperti didakwa oleh Karpal pada tahun 1997," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau sekali lagi menegaskan, Anwar tidak layak menjadi pemimpin mana-mana persatuan, kelab atau organisasi apatah lagi pemimpin negara.
"Ini kerana Anwar ada banyak rahsia peribadi yang kotor dan jijik. Bagi pihak yang ada bukti mengenai rahsia kotor Anwar, pihak ini akan terus mengugut Anwar dan menggunakan Anwar sebagai alat mencapai keuntungan politik.
"Saya juga yakin pada akhirnya iaitu selepas Anwar digunakan, beliau kemudian akan dibuang seperti sampah yang kotor dan jijik," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment