Thursday, January 27, 2011

Lee Kuan Yew Lebih Islam dari UMNO...!!!TERIMA KASIH SEKALI LAGI TOK GURU NIK AZIZ !!!!!!

Tok Guru Nik Aziz mempertahankan tindakan anak buahnya, LEE KUAN YEW menyebarkan Syiar Islam. Seperti biasa sebagaimana NIK AZIZ mempertahankan DAP, macam itulah NIK AZIZ mempertahankan LEE KUAN YEW dan yang menariknya NIK AZIZ kata Islam LEE KUAN YEW lebih baik dari Islam UMNO!! Lebih Islam dari UMNO!!!!

 

Melayu tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew

KOTA BHARU 26 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau berkata, ini kerana Kuan Yew hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.
"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Kuan Yew," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kuan Yew supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.
Ia terkandung dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang dilancarkan minggu lalu.
Kenyataan Menteri Mentor Singapura itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (UM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempunyai sifat Islamofobia dan cuba mengajar orang Islam tentang agama mereka.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasarudin Hassan pula menyifatkan tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya turut mempersoalkan pemakaian serban di kalangan masyarakat Sikh dan tidak hanya mempermain-mainkan larangan bersalam antara wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim.
Menurutnya, Islam menetapkan lima perkara yang wajib dijaga antaranya larangan bersalam antara lelaki dan wanita bukan muhrim kerana ia boleh mengundang kepada perlakuan negatif lain termasuk zina akibat daripada pergaulan bebas.
"Kenapa dia mempermainkan jabat tangan (bersalam) orang Islam. Cuba dia sentuh soal serban orang Sikh, tengok orang Sikh jawab macam mana. Kalau tak berani, jangan cakap benda-benda macam ini," katanya.

No comments:

Post a Comment