Friday, January 7, 2011

HARI INI HERO UMNO PULA BERSUARA

HERO UMNO SEJATI....
Pengarah Pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN
 PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.
"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.

"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

1 comment:

  1. guru2 yg terang2 membangkang kerajaan iaitu majikan mrk sendiri dgn memangkah pembangkang yg tak pernah buat apa2 utk guru bagaimana pulak? bolehkah diminta siasat kegiatan mrk? begitu juga pekerja2 agensi kerajaan pusat yg bersikap spt gunting dlm lipatan, menikam dari belakang & menggigit tangan tuannya, apa nak dikata? krn pemimpin peringkat j/k pusat pas sudah keluarkan fatwa 'kalau dapat bantuan kerajaan negeri pas, HARAM undi umno/bn! kita pro kerajaan pun boleh kata selama ni penjawat awam yg banyak menerima bantuan kerajaan pusat (termasuk yg anak isteri mrk dapat) HARAM menyokong/mengundi pembangkang!! ini permainan mrk bila terdesak. pas yg selalu terkehadapan keluarkan fatwa memakan diri...

    ReplyDelete