Friday, January 28, 2011

ANWAR anak kepada IBRAHIM AKAN AUTA LAGI.....

Seperti yang kita semua sedia maklum....ANWAR IBRAHIM akan auta lagi....Mana ANWAR IBRAHIM berani berhujah sebab tak ada satupun  kes mahkamah ANWAR IBRAHIM yang berlangsung dengan lancar!!!! Baik kes ANWAR IBRAHIM saman orang mahupun orang SAMAN ANWAR IBRAHIM!!!

Peguam-peguam  ANWAR IBRAHIM pun tak berani berhujah bagi pihak ANWAR IBRAHIM sebab memang mereka tahu mereka akan kalah...jadi peguam ANWAR IBRAHIM pun sebab pernah termakan budi suatu ketika dulu...sekarang kena gadai body le...sebab tu kes tertunda krn ada peguam sakit, kes tertunda sbb peguam tak cukup korum 10 orang, kes ditunda sbb peguam tak cukup vitamin, kes tertunda pasal peguam batal air sembahyang sebab terkentut....


Qazaf: Anwar diberi tempoh tiga minggu kemuka hujah

28/01/2011 3:23pm

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Mahkamah Rayuan Syariah di sini memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan hujahan secara bertulis berhubung permohonan rayuan qazafnya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar permohonan pindaan yang dibuat oleh Anwar selaku perayu iaitu untuk memasukkan perkataan ”keseluruhan” yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan, pada 23 April lalu.
Pihaknya membuat permohonan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan “...tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah” untuk meminda dengan menambah perkataan “keseluruhan” yang menjadikan; “...tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah.”
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan Anwar supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25.
Sehubungan itu, pada 23 April lepas, Anwar, 63, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Pada 9 Feb lepas, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal.
Peguam Dorina Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata mahkamah juga memberi tempoh terhadap ketiga-tiga responden yang diwakili peguam Roslizam Rahim untuk mengemukakan hujahan balas mengenai perkara itu.
Beliau berkata permohonan rayuan itu dijangka didengar awal April ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

No comments:

Post a Comment