“Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang” - Anwar
19/01/2011 8:02pm
ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.
Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.
“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm
Ni apa ANWAR ooiii......
Anwar tetap mahu berdebat
13/01/2011 6:48pm
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau merupakan individu yang mendakwa program 100 hari pembangkang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, cabaran itu juga dibuat atas kapasiti Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.
Keputusan itu katanya, dicapai pada Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, di sini hari ini. - Utusan
Ayat yg betui,
ReplyDeleteMenatang pelaq teloq peliaq.
hu..hu..ganas sangat tu tn Hhalem...kita simpan dulu sikit sbb lagi tak mati menatang ni..banyak lagi benda2 yg tak masuk akal dia akan buat!!!!
ReplyDelete