Kita mahu Datuk Seri membela lebih ramai lagi rakyat miskin diseluruh negara....
Kita tak perlukan pelan 100 hari sebab pada setiap saat dan di saat inipun beribu-ribu rakyat sedang dibantu...!!!!!
Kerajaan batalkan baki hutang rumah penduduk Bakun
15/01/2011 8:08pm
BELAGA 15 Jan. – Kerajaan Pusat bersetuju secara prinsip untuk membatalkan baki pembayaran hutang perumahan bernilai kira-kira RM41 juta yang terpaksa ditanggung kira-kira 1,500 keluarga yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek hidro elektrik Bakun di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, penduduk terlibat yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di sini mempunyai asas kukuh untuk mendapat bantuan sedemikian.
Berucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di skim penempatan itu, beliau berkata, penduduk terlibat telah mengorbankan tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan pembinaan empangan Bakun itu diteruskan setelah tergendala di antara 1997 dan 1998.
Katanya, mereka juga belum lagi dapat mengecapi nikmat dari pelaksanaan projek Bakun ini dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
"Kita bersimpati dengan mereka dan akan mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan bantuan ini,” katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment