Sunday, January 9, 2011

KENYATAAN PAK LAH YANG PALING BIJAK!!!!!!!

Pak Lah perjelas kenyataan berhubung dakwaan rogol oleh menteri

09/01/2011 7:20pm

KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan bahawa beliau ada membuat kenyataan mengenai dakwaan rogol yang kononnya dilakukan oleh seorang menteri hanya semalam selepas baru mengetahui dakwaan itu.


Katanya, beliau tidak berkata apa-apa sebelum ini kerana tidak dimaklumkan mengenai dakwaan itu.
Abdullah berkata, beliau memberi maklum balas semalam kerana media bertanya mengenai dakwaan itu yang tersiar dalam beberapa laman blog yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah merogol bekas pembantu rumahnya pada 2007.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak menyatakan perkara-perkara lain dan mahu menghindarkan diri dari rujukan-rujukan lain dalam laporan awal yang memetik beliau berhubung dakwaan itu.
Jumaat lalu, bekas pembantu rumah Rais menafikan dakwaan rogol itu. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm

2 comments:

  1. bijak sana sini sinun. serabut betul la. wartawanpun satu hal, yg pegi tanya paklah knp? baik tanya khairi lg bagus. dh tentu statement meletup tahap gaban!!!

    ReplyDelete
  2. usin...bila tanya Paklah berita jadi hiburan sensasi....hu3

    ReplyDelete