apabila tembelang ANWAR dipecahkah oleh media massa menerusi surat yang di hantar kepada Datuk Seri Najib...
Hari ini...
Anwar tegas mahu berdebat dengan PM
20/01/2011 4:09am
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ‘Pelan 100 Hari’ pembangkang, menurut jurucakap Anwar malam tadi.
Berikut adalah kenyataan Anwar “Saya tegaskan di sini saya sedikit pun tidak berganjak daripada kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Yang (Amat) Berhormat Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya,” menurut jurucakap itu kepada Bernama di sini malam ini.
Jurucakap itu mengulas mengenai laporan berita terdahulu yang mengatakan bahawa Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai pelan tersebut sebaliknya hanya mahu berbincang.
Pada satu majlis di Alor Setar, Kedah hari ini, Anwar berkata kepada pemberita bahawa ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili pakatan pembangkang. — Bernama
Terus kecut....bila di gertak Datuk Seri Najib!!!!
“Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang” - Anwar
19/01/2011 8:02pm
ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.
Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.
“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm
Cabaran debat Anwar : kalau saya dedah segalanya…ada yang demam – Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukan takut nak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mencabarnya untuk bersemuka secara terbuka. Namun katanya itu adalah adalah satu langkah yang buang masa.“Saya boleh debat dengan dia…apa kita takut kat dia…saya Perdana Menteri saya tahu segala maklumat…jangan cuba nak cabar saya…kalau saya dedah segalanya ada yang demam nanti….terlondeh semua.
Anwar tetap mahu berdebat
13/01/2011 6:48pm
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau merupakan individu yang mendakwa program 100 hari pembangkang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, cabaran itu juga dibuat atas kapasiti Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.
Keputusan itu katanya, dicapai pada Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, di sini hari ini. - Utusan
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteMohon Linkkan ke Blog saya
salam perjuangan Tn Sg Rapat online...saya akan link n follow blog Tuan..TQ
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSaya terpaut. Mintak tolong paut..
agbr47: Salam perjuangan.
Tuan UMA,
ReplyDelete....dah lama link blog Tuan..cuma x sempat follow je..skrg semua dah beres!!! TQ