Akhirnya, Nizar Jamaluddin selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak mengaku mengaku berdosa sewaktu berpakaian hitam dan memegang lilin di upacara memperingati kematian Teoh Beng Hock.
”Saya mengaku saya berdosa” Nizar membuat pengakuan di hadapan Menteri Besar Perak semasa pertikaman lidah kedua dua pemimpin tersebut di persidangan DUN Perak.
Nizar yang sebelum ini mencaci Zambry atas isu ancak, terpaksa menelan kembali bulat bulat kata beliau setelah ditempelak dengan hujah bernas dari Zambry bahawa upacara tersebut adalah upacara menaikkan tiang seri dan bukannya ancak.
Muhyiddin bidas bekas MB Perak
21/01/2011 8:52pm
LABIS 21 Jan. - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment