Tun tak tahu ke bila Tun kritik Singapura...nanti ANWAR IBRAHIM marah, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng akan marah, Nik Aziz pula tak akan senaraikan nama Tun sebagai insan yang layak masuk syurga.. Tun tak takut ke tak dapat masuk SORGA NIK AZIZ!!!!
Malaysia lebih demokratik
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang lebih demokratik berbanding Singapura berdasarkan kelebihan hak kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini.Menurutnya, keadaan itu boleh diperhatikan melalui amalan parti pemerintah negara republik tersebut iaitu PAP yang akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana rakyatnya yang didapati tidak menyokong kerajaan.
Jelas beliau, keadaan itu amat berbeza dengan negara ini yang menyaksikan parti-parti politik tempatan lebih takut kehilangan sokongan rakyat sekiranya mereka bertindak tegas untuk mendisiplinkan masyarakat.
"Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap.
"Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa," katanya dalam entri bertajuk 'Kaum Melayu Singapura' di http://chedet.co. cc/chedetblog/ hari ini.
Dr. Mahathir dilihat memberikan reaksi terhadap surat pembaca 'Utusan Malaysia' yang menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya melihat hakikat kehidupan Melayu Singapura di kawasan Geylang Serai di republik itu.
Dalam ruangan Forum semalam, pembaca yang menggelarkan dirinya 'Tan Malaka' antara lain menulis:
"Mahathir tidak seharusnya hanya berinteraksi dengan orang Melayu Singapura hanya di kawasan Orchard Road tetapi juga harus sesekali pergi ke bawah, ke Geylang Serai umpamanya untuk melihat hakikat kehidupan rakyat biasa Melayu Singapura.
"Kita harus menerima hakikat bahawa keadaan mereka (Melayu Singapura) lebih teratur dan lebih baik dari dahulu. Mereka berniaga di gerai-gerai di Geylang Serai dalam keadaan yang selesa dan jauh lebih bersih dan teratur berbanding Kampung Baru di Kuala Lumpur."
Dr. Mahathir menegaskan, disiplin yang ada dalam masyarakat Singapura sebenarnya timbul akibat takut kepada kerajaan Singapura yang kurang demokratik serta menafikan hak kebebasan mereka untuk bersuara.
"Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak, masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah.
"Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru," jelasnya.
Salam Tn PB...
ReplyDeletesaya dah link dan follow blog tuan..TQ