Pegawai AADK maut terjatuh semasa berkas peragut

SUSPEK kes ragut yang menyebabkan
seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mohd. Majdi Abd.
Hamid maut diberkas oleh orang ramai di Bedong, Sungai Petani, Kedah,
semalam.
Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.
Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.
Innallillah ... semuga roh Allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg soleh ..Al-Fatihah...
ReplyDelete