Wednesday, September 5, 2012

BUKTI PENJAWAT AWAM AMAT BERDEDIKASI

Walaupun inilah yang dikatakan ajal tetapi Mohd. Majdi Abd. Hamid adalah lambang kegigihan anggota perkhidmatan awam. Beliau membuktikan bahawa kakitangan awam sentiasa bersedia berkhidmat tanpa mengira masa termasuklah nyawa..semoga rohnya di cucuri rahmat..




Pegawai AADK maut terjatuh semasa berkas peragut

SUSPEK kes ragut yang menyebabkan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mohd. Majdi Abd. Hamid maut diberkas oleh orang ramai di Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam.
SUNGAI PETANI 4 Sept. - Niat murni seorang Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberkas peragut berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya akibat ditendang suspek di Bedong dekat sini.
Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.
Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.

1 comment:

  1. Innallillah ... semuga roh Allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg soleh ..Al-Fatihah...

    ReplyDelete