Artikel Terbaik Dari Timbalan Editor SinChew Daily...
Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.
Pada suatu hari, Hadi Awang,
setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam
Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.
Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar
perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara
ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi
sehingga memaksa sidang ditangguhkan.
Hadi Awang dikenakan tindakan
oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat
Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan
memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau
apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan
perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.
Dengan semua kepimpinan atasan
PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul
mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.
Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS
menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO
keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya
mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.
Di masa yang sama, Majlis Peguam
dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan
mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar
akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi
meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan
meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan secara tiba-tiba isu-isu
berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap
institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.
Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu
bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi
buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu
menghapuskan Institusi Raja-raja.
Pada ketika ini, desas-desus
pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara
kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara
yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.
Tanpa pengalaman, PR gagal
menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala
janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara
pun bertambah secara drastik.
Menyedari ramai rakyat mula
resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.
Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan
sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.
Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana
yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut
adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka
dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika
berpotensi membuka pekung mereka.
Media asing yang selama ini
menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan
dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros
dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.
Rakyat yang semakin marah mula
memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir
akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka
juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap
sepenuhnya.
Akhirnya, pihak asing pun tampil
memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah
bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.
Jika kaum Cina bimbang dengan
penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.
Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari
kedua parti ini?
Di bawah BN, kaum Cina telah pun
berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam
kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan
ibadah tanpa batasan.
Pendek kata, jika wang yang
dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya
dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah
menghalang mereka merebutnya.
Hidup kita ternyata aman, damai,
sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada,
tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan
kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang? Kenapa kita harus
mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ Sinchew
Daily 28 Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment