Tuesday, September 11, 2012

PEMBANGKANG BIJAK GUNA KUASA

Jika dibandingkan dengan pemimpin kerajaan BN yang terlalu lembut, pemimpin pembangkang pula bijak menggunakan kuasa mereka selagi mereka masih berkuasa...walaupun tindakan mereka akan menyusahkan rakyat, mereka tetap akan memberikan tekanan kepada kerajaan persekutuan...



UMNO Pulau Pinang kesal

NIBONG TEBAL 9 Sept. - UMNO Pulau Pinang kesal dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri kepada tiga agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini supaya setiap projek pembangunan perumahan yang akan dimajukan agensi itu perlu mengemukakan permohonan pelan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri.
Tiga agensi terbabit ialah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Uda Holdings Berhad (UDA) dan JKP Sdn. Bhd.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, surat arahan tersebut dikeluarkan oleh dua pihak berkuasa tempatan di negeri ini kepada tiga agensi berkenaan berkuat kuasa bulan ini.
Menurutnya, agensi berkenaan jika mahu melaksanakan projek pembangunan perumahan dan komersial hendaklah mendapat kelulusan jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

1 comment:

  1. Kalau BN yang mengeluarkan arahan tersebut pasti akan bising satu dunia mengatakan BN kejam dan zalim dan yang menariknya semua kebanyakan rakyat akan terus menyambut tuduhan tersebut. Tapi bila PR yang buat ramai yang buat tak tahu sahaja..

    ReplyDelete