Wednesday, September 19, 2012

TAHU TAPI BUAT-BUAT BODOH

Orang Melayu pembangkang tahu tetapi saja buat-buat bodoh ataupun otak mereka telah koma...


RAHSIA BESAR PARTI DAP DIBONGKAR!!


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam isu hukum hudud.

Beliau mendakwa, tindakan berdiam diri kedua-dua pemimpin berkenaan hanya kerana tidak mahu kehilangan undi orang Melayu.

Tunku Abdul Aziz menegaskan, Kit Siang dan Guan Eng perlu bersikap lebih jujur dan ikhlas dalam menangani isu hudud dengan menyatakan pendirian menyokong atau menentang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat terutamanya penyokong DAP sendiri.

"Adakah ini dinamakan telus? Mengapa Kit Siang asyik mendiamkan diri? Mengapa Guan Eng hanya membiarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh berjuang sendirian sehingga sekarang? Jika sokong kata ya, jika tidak, keluar sahaja daripada pakatan.

"Sebenarnya, DAP tidak mahu mengguris perasaan orang Melayu, takut kehilangan undi. Justeru, sehingga itulah, mereka akan memilih untuk senyap. Selepas menang barulah mereka akan sibuk menyatakan pendirian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap Kit Siang dan Guan Eng yang tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung isu hudud.Sikap mendiamkan diri kedua-dua mereka terus mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan akar umbi DAP.

Tunku Abdul Aziz berkata, pendirian anak-beranak itu yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mendiamkan diri daripada perjuangan asal demi mendapatkan undi Melayu semakin terserlah pada mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini.

"Semua sedia maklum, DAP antara yang mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dipecat, namun sehingga kini mereka tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan kerana takut kehilangan sokongan daripada parti itu. Tindakan ini sudah mengundang kekecewaan rakyat yang mahukan jawapan sebenar," tegasnya.

Beliau turut mengkritik pimpinan tertinggi DAP yang membiarkan Karpal berjuang sendirian menentang hukum hudud walaupun majoritinya tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

"Sampai bila-bila pun Karpal akan bersendirian. Beliau harus sedar dengan agenda dimainkan oleh dinasti Lim yang lebih gemar bersembunyi dan membiarkan Karpal berjuang seorang.

"Semua orang tahu, agenda Pas dalam melaksanakan hudud tidak akan sesekali menjadi kenyataan terutamanya apabila DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang habis-habisan. Bagaimanapun, mereka hanya berdiam diri kerana pilihan raya semakin hampir," tegas Abdul Aziz - UM
sumber

No comments:

Post a Comment